Tingkat Syurga Tertinggi Khas Untuk Hafiz al-Qur'an Yang Bertaqwa

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


al-Imām Ahmad dan Ashāb al-Sunan meriwayatkan dengan sanad sahih, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

«يقالُ لصاحِبِ القرآنِ: اقرأْ وارقَ ورتِّلْ، كما كنتَ تُرَتِّلُ في دارِ الدنيا، فإِنَّ منزِلَتَكَ عندَ آخِرِ آيةٍ كنتَ تقرؤُها»

Dikatakan kepada sohib al-Qur'an; 

"Bacalah Al-Quran, baikilah tingkat syurga yang lebih tinggi dan bacalah dengan tartil sebagai mana kamu membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya tingkat syurga kamu adalah berdasarkan akhir terakhir yang kamu hafaz."


Ulama salaf dan khalaf bersepakat bahawa kelebihan ini untuk Hafiz al-Qur'an sahaja, tidak termasuk orang yang rajin membaca Al-Quran.


Maksudnya Hafiz al-Qur'an yang beramal dengan ajaran-ajaran Al-Quran.  Hafiz al-Qur'an yang salafi aqidah, sahih aqīdah, sunni amalannya, mengamalkan sunnah, bukan jahmī murji' mu'tazili ash'ari sufi sekularis. 

Hafiz al-Qur'an yang bertawhid dan beramal, melakukan yang fardhu, menjauhi dosa-dosa besar, tidak syirik dan bid'ah. Bukan hāfiz munafiq


[Gerakan PENA Malaysia]



Comments