Bidaah Kalimah Allah

 OLEH: Ustaz Idris bin Sulaiman

 # Kristian Malaysia Mahu Menggunakan Kalimah Allah bagi Tuhan dalam terjemahan Melayu Bible

 # Usaha halus yang boleh memesongkan akidah masyarakat Islam. 

Ketika mana berdepan dengan pelbagai cabaran akidah termasuklah dengan wujudnya pelbagai ajaran sesat, gerakan LĠBŤQZ, kes-kes murtad dan sebagainya, kini masyarakat Islam di Malaysia berdepan dengan cabaran baharu daripada golongan EVANGELIS (pendakwah Kristian) yang berusaha keras mahu memesongkan makna kalimah ‘ALLAH’. 

Antara cara halus yang mereka gunakan ialah dengan menggantikan kalimah Tuhan kepada ALLAH dalam terjemahan Melayu Bible di samping mengucapkan kalimah syahadah 'LA ILAHA ILLA ALLAH' dalam teks dan ucapan mereka. 

Zahirnya tampak tiada apa-apa. 

Malah mungkin ada yang berkata ia benar dan bagus. 

Tanpa sedar, realitinya ia adalah BIDAAH TERBESAR dan paling DAHSYAT yang membawa kepada makna SYIRIK dan KUFUR. 

Ini kerana kalimah TUHAN / ALLAH yang mereka ucapkan merujuk kepada NABI ISA dan bukan ALLAH, TUHAN YANG MAHA ESA yang difahami oleh umat Islam. 

Lihat betapa dahsyatnya implikasinya. 

Akhirnya ucapan 'LA ILAHA ILLA ALLAH' (Tiada sembahan melainkan Allah) berubah makna sama sekali. 

Ia tidak lagi menjadi tunjang KALIMAH TAUHID sebaliknya berubah menjadi KALIMAH SYIRIK dan KUFUR. 

Masakan tidak ketika mana ucapan 'LA ILAHA ILLA ALLAH' ditafsirkan dengan erti 'tiada sembahan melainkan ISA', nauzubillah. 

Betapa liciknya musuh-musuh Islam, dan betapa pentingnya umat Islam berhati-hati dengan dakyah tipu daya musuh yang mahu memesongkan akidah Islam yang murni. 

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan pertolongan.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments