Masuk Masjid/Surau Jangan Terus Duduk, Solat Tahyatul Masjid Dahulu

 OLEH: Abu Aqif


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah رضي الله عنه. Rasulullah ﷺ bersabda,


إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِس

"Jika salah seorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah dia solat dua rakaat sebelum dia duduk." [HR. Al-Bukhari no. 537 & Muslim no. 714].


Jabir bin Abdillah رضي الله عنه berkata,


جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِيُّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ, فَجَلَسَ. فَقَالَ لَهُ: يَا سُلَيْكُ قُمْ فَارْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَتَجَوَّزْ فِيهِمَا! ثُمَّ قَالَ: إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَلْيَتَجَوَّزْ فِيهِمَا

"Sulaik Al-Ghathafani datang pada hari Jumaat, sementara Rasulullah ﷺ sedang berkhutbah, dia pun terus duduk.

Baginda (sewaktu itu sedang berkhutbah Jumaat, -pent) langsung bertanya padanya, "Wahai Sulaik, bangun dan solatlah dua rakaat, kerjakanlah dengan ringan."


Kemudian baginda bersabda, "Jika salah seorang dari kalian datang pada hari Jumaat, sedangkan imam sedang berkhutbah, maka hendaklah dia solat dua rakaat, dan hendaklah dia mengerjakannya dengan ringan (memendekkan solatnya, -pent). [HR. Al-Bukhari no. 49 dan Muslim no. 875].


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments