OLEH: Ustaz Abu Sufyan bin Shafie
Professionalism ini adalah cara fikir, bukannya bergantung kepada kedudukan, pangkat, harta mahupun taraf pendidikan.
Jika anda pandai berurusan dengan manusia, beradab baik serta pandai menghormati orang lain.. Maka anda adalah seorang yang professional.
Saya ingin kongsikan dua kisah pasal professionalism ini
KISAH 1
Saya pernah berurusan dengan sahabat lama saya di UTM dulu. Sekarang dia seorang yang berjaya dalam perniagaan dan ada pangkat Dato..
Kami bertemu dalam Facebook. Setelah mendapat nombor kontek, dia hubungi saya untuk bertemu di satu kelab golf di Kuala Terengganu.
Saya masa itu tengah buat delivery jualan. Singgah sekejap di masjid, mandi dan tukar baju lain.. Bukannya baju mahal, tetapi baju bundle berharga RM 15.
Itulah cara saya meraikan sahabat lama. Saya menghormatinya dengan tidak memakai baju yang sudah seharian suntuk pakai, dengan bau peluh dan bau ikan kering.
Saya sampai di kelab golf.. Parking kereta Toyota Unser buruk saya di sebelah kereta mewahnya.. Saya tak rasa kekok, kerana dalam trek kehidupan saya, kereta Unser itu sudah cukup baik bagi saya untuk bawa keluarga dan barangan jualan.
Saya juga tidak rasa cemburu melihat kehidupan mewah dia..dia juga berada diatas trek kehidupan dia..
Saya masuk dalam kelab golf. Pakai mask, scan MySejahtera... Ikut sahaja SOP dan sahabat saya tu sambut saya dengan tangan di dada.. Tanpa salam sentuhan.. Saya ikut sahaja.
Saya panggil dia dengan panggilan Dato.. dan tak panggil dia dengan nama glamor dia masa di UTM dulu.
Itulah prinsip saya dari dulu.. Hormati pangkat dia dalam masyarakat. Malah bila jumpa junior saya masa dalam tentera dulu.. Bila mereka berpangkat tinggi, saya tetap panggil mereka dengan panggilan 'Tuan' ( walaupun saya telah gantung semua uniform, tetapi saya tetap menjadi seorang anggota simpanan tidak aktif yang boleh dikerahkan bila-bila masa bila diperlukan. Itulah sumpah taat setia perwira saya yang dilafazkan dihadapan Seri Paduka Baginda dahulu).
Sahabat saya tadi bersembang mesra dengan saya. Cerita zaman muda dulu dan juga cerita bisnes.
Dia cerita bisnes sampai nilai juta, saya juga cerita bisnes saya yang bernilai puluhan ribu.. Tanpa rasa kekok dan rendah diri.. Mengikut trek sendiri.
Walaupun dia jutawan dan bergelar Dato.. Dia masih macam dulu, rendah diri dan masih hormati saya dan kebolehan saya masa lalu. Nampaknya dia berminat untuk menggunakan kemahiran saya dulu untuk bisnes dia..
Saya berlapang dada untuk terima tawaran dia.. Mengikut situasi menang-menang.
Kemudian dia berminat nak beli ikan talang kering saya.. Saya pun pelawa dia ke kereta untuk lihat sendiri barang yang saya jual.
Banyak juga dia memborong ikan kering dan hasil laut yang lain. Jumlahnya RM 341..dia hulur not RM 100 empat keping..
Bila saya nak hulurkan lebihan baki, dia menolak.. Simpan sahaja baki tu..
Banyak sangat baki tu, bila dia berkeras tak mahu terima baki.. Saya pun ambil beberapa biskut dan barangan lain untuk dihadiahkan kepadanya.. Dia menolak, tetapi saya tetap berkeras untuk beri juga kepadanya..
Nampak, mudahkan bila kita bersikap professional.. Semuanya jadi mudah!.
KISAH 2
Berbanding dengan seorang individu yang saya bertemu beberapa tahun yang lepas.
Bertemu di hotel mewah, mulutnya hanya berbangga dengan harta dan perniagaan dia sambil meremehkan perniagaan saya.
Saya masih ingat katanya, " Mu ni belajor tinggi, tak patut berniaga ikan kering macam ni.. Pakai lah baju smart sikit, kereta besar sikit..orang dah tak pakai kereta buruk macamni"
Masa mula-mula jumpa pun, dah panggil saya dengan gelaran yang buruk.. Dia mungkin lupa masa sekolah dulu, ada orang pernah hilang gigi sebab panggil saya dengan gelaran itu.
Cuma sekarang, saya dah tua.. Malas ulang perangai baran masa muda dulu.. Saya diam sambil senyum sahaja.. Sambil dengar dia membangga diri dengan harta dia.
Bila saya tolak untuk join bisnes dia.. Dia terus mengomel kononnya saya kolot, pemikiran tak maju.. Sambil lekehkan saya.. Kononnya pemikiran dia yang belajar di luar negara itu tak sama macam pemikiran saya yang belajar di local universiti.
Saya senyum sahaja.. Sebab saya tahu.. Trek saya adalah berbeza dengan trek dia.
Dia pernah kontek saya untuk bertemu kali kedua.. Tetapi saya tak mahu jumpa dia.. Akhirnya dia burukkan nama saya dalam group Wasap.. Kononnya saya sombong tak mahu jumpa kawan-kawan.!
Ajaib betul manusia ni.. Rupanya orang macamni.. Tujuan nak jumpa kita hanya bertujuan menunjuk-nunjuk harta dia, bukannya untuk bersahabat!
Comments
Post a Comment