Tidak Timbul Langsung Masalah Kufr Tashbīh dan Tajsīm Wahai Jahmiyyah.

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Al-Hafiz Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada Yunus ibn ‘Abd al-A’la (170-264H) ia berkata,

سَمِعْتُ الشَّافِعِيَّ يَقُوْلُ:  للهِ أَسْمَاءٌ وَصِفَاتٌ لَا يَسَعُ أَحَدًا رَدُّهَا ، وَمَنْ خَالَفَ بَعْدَ ثُبُوْتِ الْحُجَّةِ عَلَيْهِ فَقَدَ كَفَرَ ، وَأَمَّا قَبْلَ قِيَامِ الْحُجَّةِ فَإِنَّهُ يُعْذَرُ بِالْجَهْلِ لِأَنَّ عِلْمَ ذَلِكَ لَا يُدْرَكُ بِالْعَقْلِ وَلَا الرُّؤْيَةِ وَلَا الْفِكْرِ ، فَنُثْبِتُ هَذِهِ الصِّفَات وَنَنَفِي عَنْهُ التَّشْبِيْهَ كمَا نَفَى عَنْ نَفْسِهِ. 

“Saya mendengar al-Shafi’ie berkata, ‘ALLAH mempunyai Nama-Nama dan Sifat-Sifat yang tidak boleh sesiapa pun menolaknya. Sesiapa yang menyalahinya setelah nyata hujah ke atasnya, maka sesungguhnya dia telah kafir. Adapun sebelum tertegaknya hujah, maka sesungguhnya dia dimaafkan disebabkan kejahilan kerana ilmu yang demikian itu tidak dapat dicapai melalui akal, pemerhatian atau fikiran. Maka kita mengakui Sifat-Sifat ini dan kita juga menafikan tashbih dariNya sebagaimana Dia menafikannya dari diriNya.”

 (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala’, jld 10, ms 79-80). 

Wajib beriman kepada semua nama dan sifat Allah, zatiyyah dan fi’liyyah, mengingkarinya adalah kufr akbar kecuali kerana jahil dan belum ditegakkan hujjah. 

Sesiapa yang telah sampai kepadanya ayat-ayat al-Quran, hadith-hadith sifat dan  tafsiran salaf, maka telah tertegak kepadanya hujjah, tidak diterima alasan jahil, ta’wil dan tidak dimaafkan bahkan diazab. Setiap yang mengiktiqadkan i’tiqad batil atau melakukan maksiat, ia tetap sesat dan diazab walau ia menyangka ia betul.

Wajib beriman dan ithbat semua sifat ALLAH tanpa tashbīh تشبيه . Bahkan apabila ithbat al-sifat tidak timbul langsung masalah tashbih. 

Nu’aym ibn Hammad (228H) berkata, “Sesiapa yang mentashbih (menyamakan) Allah dengan makhlukNya ia menjadi kafir. Sesiapa yang mengingkari apa yang Allah sifatkan bagi diriNYA maka ia kafir. Tiada dalam apa yang Allah sifatkan akan diriNYA dan yang Nabi sifatkan itu akan tashbih.”

Ishaq ibn Ibrahim (w238H) berkata, “Yang dikatakan tashbih ialah dengan mengatakan Tangan ALLAH seperti tangan (makhluk), pendengaran ALLAH seperti pendengaran (makhluk).” (Sunan al-Tirmidhi, 3/50). 

Apabila seseorang berkata, ‘Pendengaran Allah sama dengan pendengaran makhluk, maka inilah tashbih.’

Adapun apabila ia berkata, ‘Allah berkata, Tangan ALLAH, pendengaran, penglihatan dan tidak membicarakan kayf (rupa dan hakikatnya), maka ini bukan tashbīh. Ia tidak mengatakan pendengaran Allah sama seperti pendengaran makhluk, maka ini bukanlah tashbih sebagaimana firman Allah, 

Tiada sesuatu pun yang sama denganNYA, dan DIA lah yang maha mendengar, maha melihat. (al-Shura: 11)



Ahmad ibn Hanbal (241H) ditanya, “Siapakah mushabbihah?” 

Beliau berkata, “Sesiapa yang mengatakan ‘pendengaran Allah seperti pendengaran aku, Tangan Allah seperti tangan aku, kaki Allah seperti kaki aku,’ maka sesungguhnya dia telah menyamakan Alah dengan makhlukNYA.” (al-Khallal, al-Sunnah)

Dalam kalangan salafiyyun tidak wujud mujassim mushabbih. Tetapi sentiasa golongan Jahmiyyah Asha’irah mengatakan salafi sunni itu mujassim kafir. 

Adapun imrar (menerima dan menjalankan) sebagaimana datangnya tanpa kayf, maka itu adalah sunnah dan ijma’, bukan tashbih dan tajsim.

Al-Hafiz al-Bayhaqi dalam Manaqib al-Shafi’ei menyebut bahawa al-Imam al-Shafiei berkata, “ALLAH di atas langit di atas ArasyNYA, berpisah dari makhlukNYA.” 

Masalah golongan pondok Asha'irah dan tradisional ialah

Mereka mengambil takrif tajsīm dan tashbīh dari ahli falsafah yunani, jahmiyyah dan Mu'tazilah.

 Lihatlah sejarah zaman Ma'mun, Mu'tazilah termasuk Ma'mun sendiri menamakan ahli sunnah sebagai mujassim kāfir. 

Sedangkan telah ada takrif tajsīm tashbīh di sisi salaf. Yang benar-benar tashbīh kufr ialah dengan mengatakan kalimah-kalimah yang disebut imam-imam di atas. 

Tetapi Ashā'irah jahmiyyah mengatakan bahawa aqidah diambil akal (Aristotle),  bukan dari Al-Quran dan hadis, dan  ijmā' Sahabat. 

Apalagi lah dari salaf seperti Nu'aym Hammād, Ibn Mubārak, al-Shāfi'ī, Ishāq dan Ahmad ibn Hanbal.


[Gerakan PENA Malaysia] 

Comments