Nasihat, Peringatan dan Doa Shaykh Salih Al-Fawzan Berkenaan Wabak Covid-19

OLEH: Abdullah Izzat


 Dengan nama Allāh Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani

Segala puji yang sewajarnya bagi Allāh yang memiliki sekalian alam. Semoga Allāh melimpahkan selawat dan salam ke atas Nabi kita; Muḥammad, serta ke atas sekalian ahli keluarga dan sahabat baginda.

[Ini adalah] satu peringatan berkenaan dengan apa yang berlaku terhadap umat Islām dalam hari-hari yang terdekat ini – bahkan [ini adalah peringatan] kepada [orang ramai] di seluruh dunia – berkenaan dengan wabak dan penyakit ini – atau berkenaan dengan virus yang tersembunyi ini yang dinamakan sebagai “Corona” – yang mana ramai orang meninggal dunia disebabkan olehnya dan ia mengancam mana yang masih hidup.

Maka yang wajib bagi Muslim khususnya, dan bagi [orang ramai] di seluruh dunia amnya agar mencari perlindungan Allāh subḥānahu wa taʿālā agar mengalihkan [penyakit] yang berbahaya ini serta mengangkatnya. Kerana sesungguhnya Allāh jalla wa ʿalā lah yang menurunkan penyakit ini dan Dialah yang Maha Berkuasa untuk mengangkatnya serta melindungi umat Islām daripadanya. 

Allāh jalla wa ʿalā berfirman:

قُلْ مَن يُنَجِّيكُم مِّن ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ تَدْعُونَهُ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً لَّئِنْ أَنجَانَا مِنْ هَٰذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ ٦٣ قُلِ اللَّهُ يُنَجِّيكُم مِّنْهَا وَمِن كُلِّ كَرْبٍ ثُمَّ أَنتُمْ تُشْرِكُونَ ٦٤

Kamu katakanlah: “Siapakah yang menyelamatkan kamu semua dari kegelapan-kegelapan darat dan laut semasa kamu semua berdoa kepada-Nya dengan sebenar-benar kerendahan hati dan secara rahsia. Demi sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari ini, pastinya akan benar-benar menjadilah kami dari kalangan orang-orang yang bersyukur”. Kamu katakanlah: “Allāh-lah yang menyelamatkan kamu semua darinya dan dari segala penderitaan, kemudian kamu semua menjadi seorang musyrik”.

[Sūrat al-Anʿām, ayat 63-64]

Oleh itu, tidak ada bantuan, tidak ada tempat berlindung daripada bahaya ini dan dari selainnya, melainkan dengan memohon perlindungan kepada Allāh jallā wa ʿalā, dengan [menyedari bahawa kita] amat memerlukan Dia, dan banyak berdoa, agar Allāh mengangkat penyakit ini dan menyelamatkan kita daripada keburukannya, bahkan Dia menyelamatkan seluruh dunia daripada kebahayaannya. Kerana sesungguhnya Allāh, Dialah yang menurunkan penyakit ini kepada kita, dan Dialah yang Maha Berkuasa untuk mengangkatnya – subḥānahu wa taʿālā – dan perkara ini amat mudah bagi Dia.

Tetapi, kitalah yang perlu sedar akan kelemahan kita, dan ingat akan perlunya kita kepada Allāh subḥānahu wa taʿālā dengan cara kita banyakkan berdoa dan bersedekah dan melaksanakan amalan kebaikan. Harapannya agar Allāh jallā wa ʿalā mengangkat apa yang Dia turunkan [kepada kita]. Kerana sesungguhnya Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Oleh itu, wajib bagi setiap Muslim khususnya – dan atas [orang ramai] di seluruh dunia amnya – untuk memohon perlindungan daripada Allāh supaya Dia membuang kemudaratan ini dan melindungi [kita] daripada kesannya. Kerana sesungguhnya Dia Maha Berkuasa atas perkara ini. 

Dan hal ini dilakukan dengan cara kita banyak berdoa, banyak melakukan kebajikan kepada para fakir miskin, bersedekah dan beramal baik, kerana sesungguhnya Allāh jalla wa ʿalā itu Maha Dekat dan Maha Memperkenan doa.

Allāh jallā wa ʿalā berfirman:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Apabila sekiranya hamba-hamba-Ku menyoalmu tentang Aku, sedemikian sesungguhnya Aku adalah dekat, yang memperkenankan doa orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku, maka dengan itu hendaklah mereka memberi respons khusus bagi-Ku, dan hendaklah mereka beriman dengan-Ku, kerana harapannya semoga mereka berjalan di jalan yang benar.

[Sūrat al-Baqarah, ayat 186]

Ya Allāh, Pemilik kami, Pelindung kami, kami adalah hamba-hamba-Mu, yang sangat memerlukan-Mu, tawanan di antara kedua Tangan-Mu. Kami memohon kepada-Mu supaya Engkau mengangkat wabak ini dan kebahayaan ini daripada kaum Muslimin secara khususnya dan untuk serata dunia secara amnya. [Kami memohon] agar Engkau menggantikannya dengan kemudahan dan kebaikan secara am mahupun khusus, kerana sesungguhnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa hanyalah melainkan Engkau. Tidak ada yang berkuasa untuk mengangkat wabak ini hanyalah melainkan Engkau. Engkaulah Pemilik kami dan Pelindung Kami. Cukuplah Engkau untuk kami sebagai sebaik-baik Pelindung.

Ya Allāh, angkatlah apa yang Engkau turunkan. Ya Allāh, angkatlah apa yang Engkau turunkan. Ya Allāh, angkatlah apa yang Engkau turunkan daripada wabak ini, dan gantikanlah tempatnya dengan kelapangan, kesenangan, kebaikan dan keafiatan bagi umat Islām khususnya dan bagi seluruh dunia amnya. Kerana sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas perkara ini.

قُلْ مَن يُنَجِّيكُم مِّن ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ تَدْعُونَهُ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً لَّئِنْ أَنجَانَا مِنْ هَٰذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ ٦٣ قُلِ اللَّهُ يُنَجِّيكُم مِّنْهَا وَمِن كُلِّ كَرْبٍ ثُمَّ أَنتُمْ تُشْرِكُونَ ٦٤ قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَىٰ أَن يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِّن فَوْقِكُمْ أَوْ مِن تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُم بَأْسَ بَعْضٍ ۗ 

Kamu katakanlah: “Siapakah yang menyelamatkan kamu semua dari kegelapan-kegelapan darat dan laut semasa kamu semua berdoa kepada-Nya dengan sebenar-benar kerendahan hati dan secara rahsia. Demi sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari ini, pastinya akan benar-benar menjadilah kami dari kalangan orang-orang yang bersyukur”. Kamu katakanlah: “Allāh-lah yang menyelamatkan kamu semua darinya dan dari segala penderitaan, kemudian kamu semua menjadi seorang musyrik”. Kamu katakanlah: “Dia Yang Maha Mampu ke atas pengiriman-Nya ke atas kamu semua azab sama ada dari atas kamu semua atau boleh jadi dari bawah kaki-kaki kamu semua atau boleh jadi Dia membingungkan kamu semua dalam puak-puak, dan Dia membuat sebahagian kamu semua merasai keganasan sebahagian yang lain”.

[Sūrat al-Anʿām, ayat 63-65]

Sesungguhnya Allāh jallā wa ʿalā itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan Dialah yang menguji para hamba-Nya. Kalau tidak kerana belas kasih-Nya, kemaafan-Nya dan ihsan-Nya, nescaya tidak tertinggal sedikit pun [walau] haiwan di atas muka bumi ini.

Tetapi Dia – subḥānahu wa taʿālā – benar-benar Maha Belas Kasihan, Maha Mengasihani, dan Dialah Maha Dekat lagi Maha Memperkenan doa, dan Dialah Pelindung yang Maha Terpuji. Engkaulah Pelindung kami. Begitu baik sekali Pelindung itu, dan begitu baik sekali Penolong itu.

Ya Allāh, angkatlah apa yang Engkau turunkan. Ya Allāh, angkatlah apa yang Engkau turunkan. Ya Allāh, angkatlah apa yang Engkau turunkan kepada kami, kepada umat Islām khususnya dan kepada seluruh dunia amnya. Ya Allāh, selamatkanlah kami daripada keburukan pelaku buruk, makar golongan jahat, dan kejahatan yang terjadi pada siang dan malam. Kerana sesungguhnya, Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Tidak ada bantuan, tidak ada tempat berlindung melainkan hanyalah daripada-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya kami adalah daripada golongan yang zalim. Maha Suci Engkau, sesungguhnya kami adalah daripada golongan yang zalim. 

Ya Allāh, angkatlah daripada kami setiap bala dan wabak, setiap keburukan dan ujian. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Engkaulah Pelindung kami. Begitu baik sekali Pelindung itu, dan begitu baik sekali Penolong itu. Cukuplah bagi kami Allāh sebagai sebaik-baik Pelindung.

Semoga Allāh melimpahkan selawat dan salam ke atas Nabi kita; Muḥammad, serta ke atas sekalian ahli keluarga dan sahabat baginda.


Diterjemahkan oleh: 

Abdullah Izzat Tengku Sidek.

Semoga Allāh mengampunkan segala kesalahannya dan menutupi segala aibnya.

Jika ada salah silap dalam terjemahan ini, saya mohon maaf dan boleh berikan cadangan pembetulannya di ruangan komen.


[Gerakan PENA Malaysia]

Comments