Nota: Kepentingan Mempelajari Ilmu Hadis dan Bahayanya Mengamalkan Hadis Palsu

 OLEH: Muhd Faiz Sazali




KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU HADIS DAN BAHAYANYA MENGAMALKAN HADIS PALSU

Perbezaan Hadis & Sunnah 

Hadis :- 

Bahasa – Perkara baru dalam percakapan 

Istilah – Perkara yang disandarkan kepada Nabi sollahu alaihi wa sallam (percakapan, 

perbuatan, perakuan, sifat kejadian, akhlak) 


Menurut 
 Ahlul Usul Fiqh – tidak terkait dengan fizikal & akhlak dari segi pendalilan 
 Ulama’ Aqidah – Sunnah lawannya Bid’ah 
 Ahlul Hadis – Segala hal yang disandarkan kepada Nabi 
 Ahli Fiqh – Sunnah tidak mencapai wajib & harus. Lebih kepada hukum hakam. 
Sunnah (Sunat) 
 Sunnah = Hadis Soheh 


Kewajipan Mempelajari Hadis 
1. Seseorang itu dapat membela hadis Rasulullah sollahu alaihi wa sallam dari orangorang yang keliru daripada periwayatan atau orang-orang yang sengaja berdusta 
terhadap hadis Rasulullah sollahu alaihi wa sallam
2. Mengenal jalan para ulama’ di dalam mengambil ilmu dan di dalam menjaga serta 
memelihara ilmu itu. 
3. Mengenal perawi-perawi serta mengetahui apakah mereka diterima atau ditolak 
hadis yang mereka riwayatkan.
4. Dapat memetik pelajaran bagaimana menuntut ilmu itu iaitu harus dengan talaqqi 
iaitu mengambil dari guru. Ada sanadnya yang menyambung. Sanad adalah rantaian 
seperti dari fulan bin fulan sehingga sampai kepada Nabi sollahu alaihi wa sallam. 
5. Membangun kecintaan terhadap Rasulullah. 
6. Seseorang dapat mengenal perjalanan Salaf. 
7. Menjaga Sunnah/Hadis Nabi sollahu alaihi wa sallam dari sisi segala hal yang 
membahayakannya. 


Jenis Jenis Ilmu Hadis 
1. ILMU AL-RIJAL 
2. ILMU AL-JARH WA AL-TA‘DIL 
3. ILMU MA‘RIFAH AL-SAHABAH 
4. ILMU TABAQAT AL-TABI‘IN 
5. ILMU TA’WIL MUSHKIL AL-HADITH 
6. ILMU AL-NASIKH WA AL-MANSUKH 
7. ILMU GHARIB AL-HADITH 
8. ILMU ‘ILAL AL-HADITH 
9. ILMU MA‘RIFA AL-MAWDU‘AT 
10. ILMU AL-ISNAD AL-‘ALI WA AL-NAZIL 
11. ILMU AL-MUTTAFIQ WA AL-MUFTARIQ 
12. ILMU AL-MU’TALIF WA AL-MUKHTALIF 
13. ILMU AL-MUTASHABIH 
14. ILMU TAKHRIJ AL-HADITH 
15. ILMU ASBAB WURUD AL-HADITH


Hadis menyokong Al Quran (Al Quran memerlukan hadis) 
1. Al Quran tidak bersendirian, ianya memerlukan penjelasan.Maka penjelasannya ada di 
dalam hadis. 
2. Al Quran wahyu Allah dan Hadis juga wahyu dari Allah. 
3. Al Quran dan As Sunnah tidak boleh dipisahkan. 
4. Al Quran dan Al Hadis itu setara. 


6. Akan datang sebuah kaum hanya mahukan Al Quran sahaja termasuklah golongan 
Khawarij. 
7. Ada istilah disebut Quraniyun iaitu orang-orang yang tidak mahu pakai hadis namun 
hakikatnya mereka tidaklah memakai Al Quran kerana Al Quran menyuruh memakai 
hadis. 
8. Di dalam Al Quran Allah menyebutkan apa yang dibawa oleh Rasul kita kena ambil iaitu 
termasuk Al Hadis. 
9. Hadis menjelaskan keseluruhan apa yang ada di dalam Al Quran. 
10. Orang yang memahami Al Quran adalah orang yang memahami hadis Rasulullah sollahu 
alaihi wa sallam.

Hadis Maudhu (Palsu) dan Larangan Mengamalkannya
Untuk memahami hadis palsu, kita harus memahami apa erti hadis yang soheh dengan baik, 
sehingga kita boleh membezakan hadis soheh dari yang palsu. 

Hadis adalah perkataan, perbuatan, persetujuan (perkataan atau perbuatan sahabat disetujui 
oleh Nabi sollahu alaihi wa sallam) dan sifat-sifat Nabi sollahu alaihi wa sallam. 

Hadis palsu ertinya menisbatkan (menyandarkan) suatu perkataan, perbuatan, pengakuan 
atau sifat kepada Nabi sollahu alaihi wa sallam. Padahal itu tidak dikatakan, tidak dilakukan, 
bukan merupakan persetujuan dan bukan merupakan sifat Nabi sollahu alaihi wa sallam. Jadi, 
menisbatkan sesuatu kepada Nabi sollahu alaihi wa sallam yang bukan merupakan darinya 
adalah hadis palsu. 

Bagaimana kalau perkataan itu adalah perkataan yang baik dari seorang Sahabat atau 
seorang Ulama kemudian disandarkan kepada Nabi sollahu alaihi wa sallam? 

Tetap hadis palsu walaupun maknanya baik, kerana yang palsu disini adalah penisbatan 
(penyandaran). 

Berbeza halnya dengan Hadis Dhoif, iaitu hadis yang lemah penyandaran kepada Nabi dan 
penisbataannya kepada Nabi adalah salah atau tidak kuat dan hal itu kerana kesalahan bukan 
kesengajaan. Bezanya dengan hadis palsu adalah bahawa hadis palsu diketahui bahawa itu 
bukan dari Nabi, akan tetapi tetap dinisbatkan kepada Nabi dengan sengaja. 


Dari mana kita mengetahui bahwa hadis itu palsu?
Kita mengetahui hadis itu palsu adalah dari penjelasan para ulama, diantaranya Imam Ibnul 
Jauzi mengarang kitab Al-Maudhu’at, kumpulan hadis-hadis palsu untuk menjelaskan hal itu. 
Dan hadis menjadi palsu kerana perawi di dalam sanadnya diketahui pernah sengaja berdusta 
atas nama Nabi, atau hadis tersebut tidak ada asal usulnya atau hadisnya dengan jelas 
bertentangan dengan al-Quran atau hadis soheh yang jelas, sehingga tidak mungkin 
bersumber dari Nabi sollahu alaihi wa sallam. 

Ibnu Qayyim al-jauziyah menyebutkan di dalam kitabnya al-Manar al-Munif 19 ciri-ciri hadis 
palsu, diantaranya adalah: 
1. Bertentangan dengan ayat al-Quran secara jelas, seperti hadis palsu: “Umur Dunia 7000 
tahun, dan kita berada pada tahun yang ke-7000”. Bertentangan dengan ayat-ayat yang 
menjelaskan hanya Allah ta’ala yang mengetahui tentang waktu kejadian Hari Kiamat. 
2. Bertentangan dengan hadis yang soheh, seperti hadis palsu yang menjelaskan bahawa 
yang bernama Muhammad atau Ahmad tidak akan masuk Neraka, padahal sangat jelas di 
dalam hadis Nabi bahawa yang menyelamatkan seseorang itu adalah amalannya. 
3. Memiliki makna yang terlalu berlebihan, seperti Allah menciptakan seekor burung yang 
memiliki 70 ribu lisan, setiap lisan bisa berbicara dalam 70 ribu Bahasa. 
4. Bertentangan dengan realita, seperti hadits palsu:”Terong menyembuhkan segala jenis 
penyakit” 
5. Maknanya tidak pantas dan hanya menjadi bahan ejekan, seperti hadis palsu:”Seandainya 
beras itu adalah seorang laki-laki, maka dia adalah seorang yang lembut, tidak ada yang 
memakannya kecuali menjadi kenyang”. 
6. Menyerupai resepi kedoktoran, seperti hadits palsu:”Al-Harisah (makanan) menguatkan 
punggung” 

Ini adalah sebagian ciri yang disebutkan oleh Ibnu Qayyim di dalam kitabnya. 


Apakah hadis palsu boleh diamalkan kalau maknanya soheh?
Sumber Syariat Islam adalah Al Quran dan Sunnah, kalau ada kata atau makna yang bagus 
bukan dari keduanya maka bukan bagian dari Islam dan tidak boleh diamalkan sebagai ibadah. 
Akan tetapi kalau yang dimaksud bahwa hadis palsu tapi secara makna soheh, dalam erti 
makna yang terkandung di dalamnya adalah sesuai atau serupa dengan Ayat atau hadis yang 
lain. Hadis palsu tersebut tetap tidak boleh diamalkan, tapi kita beramal dengan ayat atau 
hadis soheh yang menunjukkan kepada makna tersebut. 

Kita ulangi lagi, bahwa hadis palsu itu adalah palsu walau kandungan isinya bagus, kerana 
maksud dari palsu itu adalah palsu penisbatan (penyandaran) kepada Nabi. 
Hendaklah kita terus belajar, kerana di zaman sekarang hadis palsu tersebar dengan mudah, 
dan banyaknya hadis-hadis palsu baru yang bermunculan.


Bagaimana Hadis Boleh Terjaga?
Hadis terjaga dengan adanya sanad hadis. Dengan sanad itulah para ulama ahli hadis boleh 
membezakan manakah hadis soheh, hadis dhaif (lemah) dan hadis maudhu’ (palsu). Sanad 
adalah susunan orang-orang yang meriwayatkan hadis. Para periwayat tersebut diperiksa 
satu persatu secara ketat tentang riwayat hidupnya, apakah ia seorang jujur ataukah 
pendusta, hafalannya kuat ataukah lemah dan pemeriksaan ketat lainnya. Jika seluruh perawi 
dalam sanad hadis lulus pemeriksaan maka hadis tersebut berstatus soheh yang wajib kita 
jadikan pegangan hidup. Dan dengan demikian tersingkaplah hadis-hadis palsu bikinan para 
pendusta yang sengaja membuatnya untuk merosakkan agama Islam. Hanya orang-orang 
jahil saja yang dapat tertipu oleh mereka.


Boleh tonton rakamannya di link youtube berikut

Video 1:  https://www.youtube.com/watch?v=Axe4hS4Eslo

Video 2: https://www.youtube.com/watch?v=UP4eKhBmVZo


[Gerakan PENA Malaysia]




Comments