Adakah Para Penyembah Kubur Dimaafkan dan Diuzurkan Kerana Jahil?

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Jawapannya, 

Tidak diuzurkan kerana keharaman menyembah selain Allah sangat jelas dalam kalimah syahadah, sangat terang dan banyak dalam al-Quran. Bahkan dalam al-Fatihah pun sudah ada perjanjian manusia untuk hanya menyembah Allah dan hanya meminta pertolongan dari Allah. 

.

Pengharaman menyembah atau berdoa kepada selain Allah adalah asas islam. Jahil dalam asas aqidah yang sangat jelas adalah tidak dimaafkan dan hujah telah tertegak dengan terang benderang seterang matahari. 

.

اِنَّآ اَنْزَلْنَآ اِلَيْكَ الْكِتٰبَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللّٰهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّيْنَۗ

“..maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan agama (doa dan ibadah) kepadaNYA.” (Al-Zumar: 2)

.

اَلَا لِلّٰهِ الدِّيْنُ الْخَالِصُ ۗوَالَّذِيْنَ اتَّخَذُوْا مِنْ دُوْنِهٖٓ اَوْلِيَاۤءَۘ مَا نَعْبُدُهُمْ اِلَّا لِيُقَرِّبُوْنَآ اِلَى اللّٰهِ زُلْفٰىۗ اِنَّ اللّٰهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِيْ مَا هُمْ فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ ەۗ اِنَّ اللّٰهَ لَا يَهْدِيْ مَنْ هُوَ كٰذِبٌ كَفَّارٌ

Ingatlah! Hanya milik Allah agama yang murni (dari syirik. Ketundukan, doa dan ibadah hanya lah untuk ALLAH, tiada sembahan yang benar melainkan DIA). 

Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Dia (berkata), “Kami tidak menyembah mereka melainkan (berharap) agar mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.” Sungguh, Allah akan memberi putusan di antara mereka tentang apa yang mereka perselisihkan. Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada pendusta dan orang yang sangat ingkar. (Al-Zumar: 3)

.

فَادۡعُوا اللّٰهَ مُخۡلِصِيۡنَ لَهُ الدِّيۡنَ وَلَوۡ كَرِهَ الۡـكٰفِرُوۡنَ

“..maka berdoalah kepada ALLAH dengan mengikhlaskan kepada NYA agama (doa dan ibadah semunya)...” (Ghafir: 14)

.

Berdoa kepada selain Allah adalah kesesatan yang paling jauh dan orang yang berdoa kepada selain ALLAH adalah manusia paling sesat (kafir musyrik). 

وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّن يَدْعُواْ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَن لَّا يَسْتَجِيبُ لَهُۥٓ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ وَهُمْ عَن دُعَآئِهِمْ غَٰفِلُونَ

(الأحقاف - 5)

Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang-orang yang menyembah selain Allah (sembahan) yang tidak dapat memperkenankan (doa)nya sampai hari Kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan dan mendengar) doa mereka.

(Al-Ahqaf: 5)

.

Penyembah kubur adalah kafir musyrik murtad, tidak sah shahadahnya, solatnya, sembelihannya dan segala ibadahnya. Bahkan menjadi kafir sesiapa yang tidak mengi’tiqadkan kekufuran golongan quburiyyin musyrikin. 

.

Telah jelas dengan akal dan fitrah yang bersih bahawa semua makhluk tidak berhak disembah, hanya ALLAH tuhan yang benar, yang berhak disembah dan berhak mendapat ibadah (penyembahan). 

.

وَمَن يَدْعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ لَا بُرْهَٰنَ لَهُۥ بِهِۦ فَإِنَّمَا حِسَابُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦٓ ۚ إِنَّهُۥ لَا يُفْلِحُ ٱلْكَٰفِرُونَ

(المؤمنون - 117)

“Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang bukti keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya dan balasan azab amalnya yang jahat itu ada di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.” (Al-Mu’minun: 117)

.

Tidak akan berjaya melaintasi Titian Sirat, tidak akan selamat dari azab Api Neraka Jahannam selama-lamanya, tidak akan dapat memasuki syurga selama-lamanya.

.

Tiada jalan pulang melainkan dengan ilmu tawhid yang sahih dan taubat nasuha. Wajiblah setiap penyembah qubur bertaubat dari kekufuran quburiyyah, kembali mempelajari aqidah salaf dan tawhid yang sahih segera, sebelum datang kematian, kerana kematian datang mengejut bila-bila masa. 


Dalam al-Quran dan hadith, disebut bahawa doa itu adalah ibadah bahkan ibadah terbesar dan paling mulia. 

قُلْ إِنِّى نُهِيتُ أَنْ أَعْبُدَ ٱلَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَمَّا جَآءَنِىَ ٱلْبَيِّنَٰتُ مِن رَّبِّى وَأُمِرْتُ أَنْ أُسْلِمَ لِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

(غافر - 66)

“Katakanlah (ya Muhammad), 'Sesungguhnya aku dilarang menyembah (berdoa kepada) sembahan-sembahan yang kamu sembah selain Allah, setelah datang kepadaku keterangan-keterangan dari Tuhanku, dan aku diperintahkan supaya tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam.” (Ghafir: 66) 

.

Ini nas sarih yang menegaskan bahawa berdoa meminta dari selain Allah adalah kufr akbar dan berdoa kepada Allah adalah islam dan tawhid. 

.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ (60)غافر

“Dan Tuhanmu berkata, ‘berdoalah kepada KU nescaya AKU perkenankan. Sesungguhnya orang-orang yang sombong beribadah (berdoa) kepada KU akan memasuki API Neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Ghafir: 60)

.

Allah juga menamakan doa sebagai din (agama). Sesiapa yang mengatakan bahawa doa bukan ibadah, maka dia adalah sesat dan kafir. 

 فَإِذَا رَكِبُواْ فِى ٱلْفُلْكِ دَعَوُاْ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ فَلَمَّا نَجَّىٰهُمْ إِلَى ٱلْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ

(العنكبوت - 65)

“Maka apabila mereka menaiki kapal (lalu kapal mereka dipukul ombak ganas), mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan agama (doa yang penuh rasa pengabdian dan ikhlas) kepada-Nya, tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, dengan segera mereka (kembali) menyengutukan (Allah dengan berhala-berhala).” (al-‘Ankabut: 65)


ٱدْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ

(الأعراف - 55)

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dalam keadaan merendahkan diri dan suara yang perlahan (serta ikhlas tanpa riya’), sesungguhnya DIA tidak menyukai orang-orang melampaui batas.” (al-A’raf: 55) 


Antara melampau dalam berdoa ialah seperti meminta darajat nabi-nabi, syirik meminta dari makhluk yang hidup atau yang telah mati, atau berdoa dengan suara yang kuat, atau mendoakan keburukan ke atas orang-orang beriman.

.

Allah swt telah memerintahkan para hambaNYA agar mengifradkan doa untukNYA semata-mata (ifradullahi bid dua’ - mengkhususkan doa kepadaNYA sahaja bukan kepada mana-mana makhluk), melarang dari berdoa kepada selainNYA dalam 300 tempat dengan pelbagai bentuk. 


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments