Cerita Pasal Nganjing

 OLEH: Ustaz Abu Sufian bin Shafie


Dalam kehidupan ini, memang kita selalu jumpa jenis suka menganjing macam ini tak kira masa dan waktu.. Hidupnya kira nak menganjing dan bergurau je, tak kira waktu.. Kesian... 

Tak kiralah taraf pendidikan dan pekerjaan, mesti jumpalah golongan seperti ini.. Orang awam, yang bergelar ustaz dan ada gelaran profesional... 

Bukan semua orang suka bergurau tak kira tempat, nak menganjing tak kira waktu.. Lebih-lebih lagi bila kita tengah membincangkan sesuatu yang serius dan penting.. 

Ada beberapa kisah yg ingin saya kongsikan

1. Dalam kuliah pengajian saya di masjid dulu pun, ada juga jenis menganjing macam ni.. Kita tengah baca tafsir Al Quran, tengah baca hadis.. Dia boleh tanya soalan menganjing.. Kononnya nak ceriakan suasana kuliah.. 

Saya dengan tegas dan suara tinggi,  terus tempelak dia,  " Itu sebabnya orang mari mengaji ni ada dua jenis.. Satu, semakin bertambah ilmunya.. Kerana beri perhatian dan tekun, terutama bila mendengar kalam Allah dan Rasul.. Yang kedua, kekal jadi bodoh.. Sebab banyak nak main.. Kalau banyak nak main sangat, jangan mari kuliah saya.. Duk rumah, buka TV dan tengok maharaja Lawak!.. Saya takde masa nak layan perkara bodoh dalam kuliah saya! "...

2. Saya pernah komen dalam satu page pelancongan Terengganu, tentang sampah sarap..Saya cadangkan agar pengunjung bawak plastik sampah dan bawa pulang sampah tu.. Saya dan keluarga biasa je buat macam tu...

Akhirnya admin page tu respon sambil nganjing kepada saya.. Seolah-olah pelik dengan cadangan saya ni.. 

Saya cuma jawab " Orang Terengganu sekarang semua cerdik belaka dah.. Mereka berak pun di tandas dalam rumah, bukannya berak tepi pantai, bungkus dalam kain seperti zaman dulu.. Tak sangka ada lagi yg jenis berak tepi pantai boleh jadi admin page pelancongan."...baru lah jadi kendur sikit perbahasan. 

3. Saya tengah beratur di satu warung, nak bayar harga makanan. Tiba-tiba dengar orang panggil, dengan nama gelaran yang saya tak suka semasa sekolah dulu. 

Saya buat-buat tak dengar, lagi kuat dia panggil.. Akhirnya dia bangun, cuba pegang saya dan sepantas kilat saya tangkap tangan dia, kilas dan tolak dia jatuh terlentang di atas lantai warung tu.. 

Dia mengaduh sakit, tak boleh bangun.. Rupanya dia sakit gout, meronta macam penyu minta tolong.. 

Dia cakap,  " sampai hati mu buat macamni Sufian!.. Aku panggil mu buat sombong je, mu katok pulok aku!.. "

Saya jawab,  " Aku tak dengor pun mu panggil, tak dengor pun orang sebut nama aku.. Nama aku Abu Sufian.."..

Saya kira dia dah dapat pengajaran yang berharga.. 

Orang yang kuat menganjing ni.. Biasanya ada dua jenis je... 

1. Jenis pembuli dari zaman muda lagi.. Dah lekat tabiat buruk itu untuk dibawa bersama dalam kubur nanti.. Walaupun dah tinggalkan zaman sekolah, dah ada jawatan.. Perangai masih tak berubah walaupun ada yang dah tak bermaya di kerusi roda. 

2. Jenis kena buli zaman sekolah dulu.. Pengecut.. Bila dah dewasa sikit, rasa nak tunjuk gagah.. Nak tunjuk gagah cara lain tak reti  akhirnya jadi pembuli alam maya.. 

Bila jumpa depan-depan penakut, hanya berani dalam media sosial.. Yang ni pun bagus jika di ajar dengan tempeleng!.. 

Itu sebabnya, dalam modul program motivasi sekolah dulu.. Saya masukkan aktiviti mentadabbur Surah Al Hujurat, ayat 11-12..

Agar generasi muda ini faham, perbuatan menganjing ini bukanlah perbuatan yang baik, malah ianya perbuatan FASIQ!


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments