Hukum Isteri Berzina

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Berkenaan dengan kes seorang isteri berzina hingga hamil, ulama berbeza pendapat kepada dua pendapat


1-Pertama, anak itu dikira anak yang sah dan si suami boleh mewalikan pernikahan anak itu. Ini khusus bg perempuan yang berkahwin dan ada suami sahaja (lil firāsh)

Anak zina yang diyakini hasil zina oleh seorang isteri dihukum anak sah, selagi suaminya tidak membantah dan tidak melakukan sumpah li'an

Ini pendapat pertama dan rājih

Adapun mengaku dan membuka aib diri sendiri yang ditutup Allāh hukumnya haram, membawa kepada mafsadah yang lebih besar dan banyak.

Antaranya ialah perceraian, pukulan, deraan, putus silaturahim anak2 dan ibu, juga mungkin berlaku pembunuhan

Isteri wajib menyembunyikan zina tersebut. Ini kerana dengan mendedahkan memberi tahu kes zina, akan menimbulkan mafsadah yang besar dan lebih banyak

Allahu a'lam


2-Kedua, si isteri wajib menjelaskan perkara itu kepada suami seperti yang disebutkan oleh Ustazah Asma' Harun, bahawa isteri yang berzina wajib memberitahu kehamilannya kerana zina kepada suaminya,  itu memang ada dalam fiqh. Bukan tiada. 

Cuma itu mungkin qawl da'īf  dan marjūh. Allahu a'lam.



[Gerakan PENA Malaysia]



Comments