Jalan Selamat Dari Fitan dan Shahawat

GERAKAN PENA MALAYSIA

Jalan selamat dari fitan dan shahawāt sehingga bertemu Allah dengan tawhīd dan Sunnah
1.Mendalam ilmu tawhīd yang sahīh dan fiqh
2.Beramal dengan al-Qur'an, hadith dan ijmā' Sahabat

Antara nya; 
-Menjauhi tempat syirik, bid'ah maksiat dan ahlinya
-Melazimi 'ālim salafi,
-Solat jamaah dan nawafil
-Zikir selepas solat, pagi petang, keluar masuk, zikir sebelum tidur dan ketika terjaga,
-Tilawah Al-Quran, serta mengetahui tafsiran yang sahih
-Menjauhi ulama musyrikin
-Ilmu tawhid menghasilkan khashyah (takut kepada Allah dan ketaatan kepadaNYA). Ini lah ilmu yang sahih dan bermanfaat, ilmu yang disertai wara’. Tawhid itu mesti mendalam dan terperinci sepertimana Nabi mengajarkan tentang bahaya syirik secara terperinci. 
Kejahilan membawa kepada kekufuran. Kejahilan dalam perkara tawhid, syirik akbar dan asas-asas ibadah adalah tidak dimaafkan. Syirik akbar termasuk dalam mas’alah wadihah.
Manusia dulu dan kini tenggelam dalam bid’ah dan kesesatan falsafah, ilmu kalam, i‘tizal, tahrif, tafwidh, irja’, tasawwuf batiniyyah dan lain-lain. Ilmu batil, sesat dan tidak bermanfaat wajib dijauhi sepeerti ilmu kalam dan tasawwuf falsafi. Ilmu yang sahih diambil dari alim salafi yang sadiq. 
-Orang beriman dan berilmu diangkat darajatnya sekiranya beramal dan warak. Kitab-kitab aqidah ini hendaklah dipelajari dari ‘alim salafi. Bukan dari ustaz-ustaz bid’ah atau murji’ah.
Kuffar dan penjajah mengetahui perkara ini. Mereka meyakini bahawa umat akan menjadi hina dan lemah apabila tidak beramal dengan islam, lalu memasukkan aliran-aliran sesat yang menghancurkan aqidah muslimin, menghalang kemasukan ilmu dan aqidah yang sahih (salafiyyah). 

Mereka 
1-mengekalkan pusat-pusat pengajian aqidah ilmu kalam. 
2-Kemudian, mereka memasukkan qadyaniyyah, baha’iyyah, tasawwuf falsafi, tariqat-tariqat sufiyyah  batiniyyah, shi’ah, ahbash dan sebagainya. 
3-Selain membina sekolah-sekolah aliran secular yang tidak mengajarkan tawhid yang sahih dan tidak menegakkan solat fardhu. 
4-Kuffar mencipta system keselamatan dan ketenteraan jahiliyyah. 
5-Kuffar memasukkan undang-undang secular jahiliyyah agar umat islam tidak beramal dengan syariah Allah, hudud, qisas, ta’zir dan diyat. 
6-Memasukkan system ekonomi ribawi berupa bank-bank ribawi.
 Dengan itu, umat islam kekal dalam kejahilan dan kesesatan tanpa sedar, sekaligus tidak  beramal dengan ilmu dan islam dengan cara yang sebenar. 



Comments