Jumpa Bomoh Kemudian Percaya Maka Jatuh Kafir.

 OLEH: Abu Aqif


Syaikh Abdurrahman bin Hasan Alu Syaikh ketika menjelaskan makna sabda Nabi ﷺ,

"Barangsiapa yang mendatangi bomoh atau tukang ramal kemudian membenarkan ucapannya, maka sungguh dia telah KAFIR terhadap agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ﷺ." [HR Ahmad 2/429 dan al-Hakim 1/49, disahihkan oleh al-Hakim, disepakati oleh adz-Dzahabi dan Syaikh al-Albani dalam "Ash-Shahiihah" no. 3387].


Beliau berkata,

"Dalam hadis ini terdapat dalil yang menunjukkan KAFIRNYA BOMOH dan tukang sihir, kerana mereka mengaku mengetahui ilmu ghaib, yang ini merupakan kekafiran". [Kitab Fathul Majiid" hal. 356].

Selain bomoh juga dikenali sebagai dukun, ahli paranormal, sebahagian guna nama tabib, pawang, terkini mereka juga menggunakan gelaran ustaz. Ciri-cirinya, mereka mengetahui perkara ghaib.

Awas, dalil kata kerjaya sebagai bomoh menjadikan orang itu jatuh kafir, batal segala amalan. Jika mati sebelum sempat bertaubat akan masuk neraka tidak akan keluar sampai bila-bila.

Pelanggan yang mendapatkan khidmat bomoh dan selepas itu mempercayainya juga jatuh kafir.

Jika terlanjur, bertaubatlah memohon keampunan Allah, tinggalkan perbuatan tersebut dan perbanyakkan ibadah-ibadah yang sahih.


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments