Kesalahan Di Dalam Solat Berjemaah - Tertinggal Rukuk Bersama Imam

 OLEH: Abu Aqif

Nabi ﷺ telah memerintahkan,


إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا 

"Sesungguhnya imam dijadikan untuk diikuti, maka janganlah kalian menyelisihinya! Apabila dia sudah bertakbir, maka bertakbirlah kalian…" [HR. al-Bukhari, no: 722, dan Muslim, no: 414].


Imam dijadikan untuk diikuti. Jika imam takbir, makmum ikut takbir. Jika imam turun rukuk, makmum terus ikut rukuk.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2987109391560848&id=100007854499404


Adalah menjadi kesalahan apabila makmum memaksa diri menghabiskan bacaannya sewaktu imam telah turun rukuk.

Lebih memburukkan keadaan apabila makmum tersebut tidak dapat rukuk bersama-sama dengan imam, baru hendak rukuk imam sudah bangun atau sudah pun turun untuk sujud.

Jika ini berlaku, makmum tersebut tidak dapat rakaat bersama-sama dengan Imam, maka perlulah dia menambah satu rakaat lagi selepas imam selesai memberi salam.


Ibnu Abbas رضي الله عنه mengatakan:

من لم يدرك الإمام راكعا لم يدرك تلك الركعة

"Orang yang tidak mendapat rukuk bersama imam, maka dia tidak mendapatikan solat (itu, -pent)." [HR. Al Baihaqi, dishahihkan Al Albani dalam Irwaul Ghalil, 2/262].


Dari Umar bin Khathab رضي الله عنه, beliau mengatakan:

من أدرك الإمام راكعا، فركع قبل أن يرفع الإمام رأسه، فقد أدرك تلك الركعة

"Barangsiapa yang mendapati imam rukuk, maka rukuklah sebelum imam bangkit. Maka dia telah mendapatkan rakaat tersebut" [HR. Al Baihaqi, dishahihkan Al Albani dalam Irwaul Ghalil, 2/263].


Ini adalah pendapat jumhur ulama. Al Imam An Nawawi رحمه الله‎‎ menjelaskan:


وهذا الذي ذكرناه من إدراك الركعة بإدراك الركوع هو الصواب الذي نص عليه الشافعي , وقاله جماهير الأصحاب وجماهير العلماء , وتظاهرت به الأحاديث وأطبق عليه الناس , وفيه وجه ضعيف مزيف أنه لا يدرك الركعة

"Inilah pendapat yang kami kuatkan, iaitu didapatkan rakaat dengan mendapatkan rukuk.

Inilah pendapat yang benar yang dinyatakan oleh Asy Syafie dan juga merupakan pendapat jumhur ulama bermazhab Syafie dan juga jumhur ulama.

Banyak hadis-hadis yang mendasarinya dan ini yang diterapkan oleh para ulama.

Memang ada pendapat yang lemah dan aneh yang menyatakan bahawa tidak didapatkan rakaat dengan didapatkannya rukuk." [Al Majmu’, 4/112].


Allahua'lam.


Kredit:

1. muslim.or.id

2. almanhaj.or.id


[Gerakan PENA Malaysia]



Comments