OLEH: Abu Aqif
Agama melarang membina apa-apa binaan di atas kubur. Dalilnya;
عَنْ جَابِرٍ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ
Dari Jabir, dia berkata, "Rasulullah ﷺ melarang dari memberi simen pada kubur, duduk di atas kubur dan memberi bangunan di atas kubur." [HR. Muslim no. 970].
Pendapat dari mazhab Syafie, matan Abi Syuja' (matan Taqrib) disebutkan di dalamnya,
ويسطح القبر ولا يبني عليه ولا يجصص
"Kubur itu mesti diratakan, kubur tidak boleh dibangun bangunan di atasnya dan tidak boleh kubur tersebut diberi kapur (disimen)." [Mukhtashor Abi Syuja’, hal. 83 dan At Tadzhib, hal. 94].
Imam Nawawi رحمه الله, beliau seorang imam bermazhab Syafie berkata,
"Yang sesuai ajaran Rasul ﷺ kubur itu tidak ditinggikan dari atas tanah, yang dibolehkan hanyalah meninggikan satu jengkal dan hampir dilihat rata dengan tanah. Inilah pendapat dalam mazbab Syafie dan yang sefahaman dengannya." [Syarh Shahih Muslim, 7: 35].
Imam Nawawi juga menyatakan,
"Terlarang memberikan simen pada kubur, dilarang mendirikan bangunan di atasnya dan haram duduk di atas kubur. Inilah pendapat ulama Syafie dan majoriti ulama." [Syarh Shahih Muslim, 7: 37].
Jadi Apa Yang Boleh?
Kubur dibiar kosong di atasnya, hanya diletakkan satu batu besar sebagai tanda. Dalilnya;
لَمَّا مَاتَ عُثْمَانُ بْنُ مَظْعُونٍ رضي الله عنه، أُخْرِجَ بِجَنَازَتِهِ فَدُفِنَ، فَأَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا أَنْ يَأْتِيَهُ بِحَجَرٍ، فَلَمْ يَسْتَطِعْ حَمْلَهُ، فَقَامَ إِلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَحَسَرَ عَنْ ذِرَاعَيْهِ، ثُمَّ حَمَلَهَا فَوَضَعَهَا عِنْدَ رَأْسِهِ، وَقَالَ: «أَتَعَلَّمُ بِهَا قَبْرَ أَخِي، وَأَدْفِنُ إِلَيْهِ مَنْ مَاتَ مِنْ أَهْلِي»
Saat Utsman bin Mazh'un رضي الله عنه meninggal, jenazahnya dikeluarkan lalu dikubur. Lalu Nabi ﷺ memerintahkan seorang lelaki untuk mengangkat sebuah batu, tapi dia tidak kuat. Maka Rasulullah ﷺ datang ke batu itu, lalu menyingsingkan lengan baju, mengangkat dan meletakkan batu di bahagian kepala Utsman dan mengatakan,
"Agar aku bisa mengenali kuburan saudaraku (Utsman bin Mazh'un adalah saudara susuan Nabi ﷺ), dan menguburkan keluargaku yang meninggal berdekatan dengannya." [HR. Abu Dawud no. 3.206].
Atau boleh juga meletakkan batu-batu di atas kubur hingga menutup keseluruhannya. Dalilnya;
Diriwayatkan oleh Ja'far bin Muhammad dari ayahnya,
"Sesungguhnya Nabi ﷺ memercikkan (air) di atas kuburan anaknya Ibrahim dan menaruh kerikil (di atasnya). Kerana hal itu lebih menguatkan dan tidak cepat menyusut serta lebih menahan tanah dari sapuan angin." [Tabyinul Haqaiq, 1/246. Asna Al-Mathalib, 1/328. Kasyful Qana, 2/138].
Comments
Post a Comment