Rasulullah Sering Menceritakan Sirah Kepada Para Sahabat

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli


Kita dapati bahawa Rasulullah S.A.W dalam banyak keadaan, selalu menceritakan berkenaan para Nabi terdahulu kepada para sahabat baginda.

Ketika sedang marah, baginda sebutkan perihal Nabi Musa A.S :

يَرْحَمُ اللَّهُ مُوسَى قَدْ أُوذِيَ بِأَكْثَرَ مِنْ هَذَا فَصَبَرَ

Maksudnya : Semoga Allah rahmati Musa. Sungguh dia telah disakiti lebih banyak dari ini, lalu dia tetap bersabar.

Riwayat Al-Bukhari (3405).

Dalam hidup ini, kita amat berhajat kepada teladan orang-orang soleh. Mendengar kisah mereka, kita syukur saat kita senang. Mendengar kisah mereka, kita sabar saat kita susah. 

Benarlah kata para ulama :

عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة 

Maksudnya : Ketika menyebut perihal orang-orang soleh, rahmat Allah itu turun.

Gambar hiasa dari Saudi Press


[Gerakan PENA Malaysia]

Comments