Sama-sama Menulis Itu Bukan Keburukan

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli


Sekiranya kita menulis buku-buku ilmiah, dan didapati orang lain juga menulis dengan ‘genre’ yang sama, atau dengan tajuk yang hampir serupa, maka janganlah menganggap itu sebagai suatu keburukan.

Suatu hari, beberapa orang memberitahu kepada Imam Mālik bin Anas (w. 179 h.) : “Sesungguhnya si fulan telah menulis kitab muwata’ yang sama seperti kitab muwata’ kamu.”

Lalu Imam Mālik - rahimahullāh - berkata :

وطّأوا ووطّأنا، وما كان لله عزّ وجلّ فهو 

يبقى

Maksudnya : Mereka menulis muwata’ dan kita juga menulis muwata’, dan sesuatu yang diniatkan kerana Allah Azza wa Jalla, ia pasti akan kekal.

Rujuk Al-Tamhīd, Ibn Abd al-Barr (1/86).

Semua kita boleh melakukan amalan soleh yang sama secara zahir, namun kebaikan sebenar itu hakikatnya bergantung kepada keikhlasan niat pelakunya yang tidak dapat diketahui oleh selain Allah SWT.



[Gerakan PENA Malaysi]


Comments