Ular Musuh Manusia, Bukan Pet

 OLEH: Abu Aqif



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا سَالَمْنَاهُنَّ مُنْذُ حَارَبْنَاهُنَّ وَمَنْ تَرَكَ شَيْئًا مِنْهُنَّ خِيفَةً فَلَيْسَ مِنَّا


Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda,

"Tidaklah kami pernah berdamai dengannya (ular) sejak kami memusuhinya, maka barangsiapa yang membiarkannya kerana rasa takut, maka dia tidak termasuk golongan kami." [HR. Abu Daud, Hasan Sahih: Al Misykah 4139].



Islam Perintah Bunuh Semua Jenis Ular


عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْتُلُوا الْحَيَّاتِ كُلَّهُنَّ فَمَنْ خَافَ ثَأْرَهُنَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Dari Ibnu Mas'ud رضي الله عنه berkata Rasulullah ﷺ bersabda,

"Bunuhlah semua ular, barangsiapa yang takut pada dendam mereka, maka dia bukan dari golonganku. [H.R. Abu Daud, Sahih, al Misykah 4140].


Agama memerintahkan untuk bunuh ular. Bahkan Agama perintah untuk tidak takut dengan ular.

Agak berat juga perintah ini kerana jelas di dalam hadis sesiapa yang membiarkan ular dengan tidak membunuhnya kerana merasa takut, dia bukan dari umat Nabi ﷺ.

Apatah lagi menjadikan haiwan ini sebagai binatang peliharaan, menjadikan mereka sebagai pet. Jauh lebih menyimpang dari suruhan Agama.


Kredit: almanhaj.or.id



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments