Kembali Kepada Aqidah Yang Sahih

OLEH: Ustaz Abu Hatim al-Rāzī





Wajib ke atas setiap muslim dan muslimah kembali kepada aqidah sahih kerana aqidah yang sahih asas dalam asas segala amal dan syarat penerimaan segala ibadah. Aqidah yang sahih hanyalah yang dibawa datang oleh Nabi saw dan para Sahabat. 

Aqidah yang sahih diambil dari al-Quran, hadith-hadith sahih dan ijma’-ijma’ salaf, serta ulama yang mengikuti salaf terutamanya Ulama Hijaz seperti yang diisyaratkan dalam hadith sahih bahawa iman yang sahih akan kembali ke Madinah atau Hijaz. 


Allah Memang Bertempat 

Falsafah sesat jahmiyyah mu’tazilah mutakhir, rawafidh, asha’irah maturidiyyah dan pengikut mereka menyatakan “wujuduhu bila makaan” atau “Allah mawjud bila makan (ALLAH wujud tanpa bertempat), tidak ada di mana-mana, tidak di dalam alam atau di luar alam, tidak di atas dan tidak di bawah. Tidak kanan tidak kiri, tidak di depan tidak di belakang. Tidak besar, tidak kecil.” Ini batil, syirik akbar, kufr ilhad dan ta’til tulen.

Ini dicuri dari falsafah ‘aqliyyah Aristotle semata-mata. Aristotle mengatakan “Allah tidak bertempat dan tidak bermasa, DIA menggerakkan (makhluk) tetapi DIA tidak bergerak.”

Aqidah sesat dan falsafah syirik Aristotle ini diikuti dan dianuti oleh Hindu (Upanishad) dan Ahli Kalam (Shi’ah, Mu’tazilah, Asha’irah dan Maturidiyyah). 

Aqidah seperti ini tiada dalilnya dalam al-Quran, al-Hadith dalam kalam salaf. Ini adalah falsafah Plato, Aristotle yang batil, bid’ah, sesat lagi menyesatkan lalu dicedok oleh ahli kalam yang menisbahkan diri mereka kepada muslimin (seperti al-Kindi) yang lemah dan keliru.  

Falsafah kufr “ALLAH tidak bertempat” ditemui dalam kitab-kitab syiah rawafidh dan segolongan Mu’tazilah. Pada awalnya, Syiah percaya Allah di atas Arasy, kemudian beraqidah mujassimah kemudian mengikuti Jahmiyyah Mu’tazilah. Lalu ideology “ALLAH tidak bertempat” itu dicuri oleh Asha’irah dan Maturidiyyah dari Shi’ah dan Mu’tazilah. 

Ideology sesat ini juga terdapat dalam Upanishad, buku falsafah dan aqidah Hindu. Segolongan yahudi juga memakai aqidah kufr “Allah tidak bertempat.”

Akibatnya, penganut aqidah seperti ini tidak merasai kewujudan ALLAH dalam hati dan dirinya kerana Tuhan seperti tiada! Sehingga akhirnya hilang rasa kewujudanNya, rasa takut kepadaNya, tiada ‘ubudiyyah, tiada muraqabah, tiada ikhlas, lemahlah amalan salih, jiwa tidak kuat lagi meninggalkan munkar dan melakukan perintah-perintah dan amalan-amalan salih. 

Mereka juga kebingungan tidak tahu di mana Tuhan mereka dan gagal mengenaliNya. Sesiapa yang meyakini keyakinan batil ini maka ia telah menyamakan ALLAH dengan al-ma’dum (sesuatu yang tiada), al-manqus dan al-jamad (benda mati).

Yang sahih, Allah memang bertempat kerana boleh berbuat apa sahaja yang DIA kehendaki, bertempat sebagaimana yang DIA sebutkan dalam kitabNYA, di atas langit ke tujuh, duduk bersemayam di atas arasy tanpa menyamai duduknya makhluk. 

Lafaz ‘TEMPAT’ Adalah Sabit Dalam Hadith Sahih, Athar Sahabat dan Kalam Ulama Salaf. 


Hadith Nabi saw

1.Nabi saw bersabda, 

Allah SWT memang mengambil tempat sebagai mana yang layak dengan keagunganNya


 فأسْتَأْذِنُ علَى رَبِّي في دارِهِ فيُؤْذَنُ لي عليه، فإذا رَأَيْتُهُ وقَعْتُ ساجِدًا، فَيَدَعُنِي ما شاءَ اللَّهُ أنْ يَدَعَنِي،

Lalu aku meminta izin Tuhanku di rumahNya (tempatNya), lalu aku diizinkan. Apabila aku melihatNya aku tersungkur sujud...

(Sahīh al-Bukhari 7440 dan Muslim 193). HR al-Nasaei, Ibn Abī 'Asim dalam al-Sunnah dan Ibn Khuzaymah dalam al- Tawhid


“…Lalu saya meminta izin dari Tuhanku di darNYA (di rumahNYA)…” (HR al-Bukhari).

.

2.Anas ibn Malik berkata, 

.

فأشَارَ إلَيْهِ جِبْرِيلُ: أنْ نَعَمْ إنْ شِئْتَ، فَعَلَا به إلى الجَبَّارِ، فَقالَ وهو مَكَانَهُ: يا رَبِّ خَفِّفْ عَنَّا فإنَّ أُمَّتي لا تَسْتَطِيعُ هذا، فَوَضَعَ عنْه عَشْرَ صَلَوَاتٍ

 Maka Jibrail membawa baginda saw naik kepada Allah al-Jabbar SWT. Lalu baginda berkata sedangkan DIA di “tempat NYA”,

“…maka Jibril membawanya (Nabi) naik kepada al-Jabbar (Allah) dalam keadaan DIA di TEMPAT-NYA. Nabi berkata, Wahai Tuhanku, ringankanlah untuk kami (solat 50 waktu). Sesungguhnya umatku tidak mampu melakukan solat sebanyak ini.” Lalu DIA mengurangkan darinya 10 solat. 

(HR al-Bukhari, Sahīh al-Bukhari, 7515)


.

3.Diriwayatkan dari Nabi saw berkata, dalam hadith Nuzul, 

فَلَا يَزَالُ ذَلِكَ مَكَانَهُ حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ..

“Maka sentiasalah DIA di TEMPATNYA itu sehinggalah masuk fajar (subuh).” (HR al-Sabuni, ‘Aqidah al-Salaf wa Ashab al-Hadith). 

.

4.Nabi bertanya kepada jariyah (hamba perempuan), “Di mana Allah?” jariyah itu menjawab, ‘Di atas langit.’ Perkataan ‘Di mana’ dalam bahasa Arab adalah pertanyaan tentang tempat, bukan tentang kemuliaan.

.

5.ALLAH berfirman dalam hadith qudsi, 

وَعِزَّتِيْ وَجَلَالِيْ وَارْتِفَاعِ مَكَانِيْ لَا أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُوْنِيْ

“Demi keagunganKU, kebesaranKU dan ketinggian TEMPATKU, AKU sentiasa mengampunkan dosa-dosa mereka selagi mereka memohon ampun dariKU.” 

(HR al-Bayhaqi, perawinya thiqat semuanya kecuali Ibn Lahi’ah tetapi perawi darinya ialah Qutaybah ibn Sa’id, riwayatnya dari Ibn Lahi’ah adalah maqbul). 


Athar Sahaabat

Para Sahabat Nabi telah ijma’ bahawa Allah bertempat sebagaimana yang layak dengan keagunganNYA

‘Ali ibn Abi Talib berkata, 

"..لاَ يبَلُغُ شَيْءٌ مَكَانَه.." رواه الدارمي

 “Tiada sesuatu pun yang sampai kepada TEMPAT-NYA.” (sahih HR al-Darimi). 

Muhammad ibn Ka’b al-Qurazi (40-108H) seorang imam dalam kalangan Tabi’in berkata, 


 ماذا نسألك، فَوَعِزَّتِكَ وَجَلَالِكَ وَارْتِفَاعِكَ فِيْ مَكَانِكَ ..

“…Apa yang kami pinta dariMU, maka demi keagunganMU, kebesaranMU dan ketinggianMU di TEMPAT-MU...” 

Hadith al-Qurazi diambil oleh Rijal al-Kutub al-Sittah (imam hadith yang  6 ). 


Tabi’in

Para Tabi’in telah bersepakat mengatakan bahawa Allah memang bertempat sesuai dengan kebesaran dan keagunganNYA, Dia berbuat apa sahaja yang dikehendakiNYA


Mujahid ibn Jabr

Allah berkata, 

وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيّا

“…dan KAMI dekatkan ia (Musa) untuk bermunajat kepadaKU.” (Maryam: 52). 

Mujahid berkata, 

بينَ السماءِ السابعةِ وبَيْنَ العَرْشِ سبعونَ ألفَ حجابٍ، فَمَا زَالَ يُقَرِّبُ موسَى عليهِ السلامُ حتى كانَ بَيْنَهُ وبينه حِجابٌ واحدٌ ، فَلَمَّا رَأَى مَكَانَهُ وسَمِعَ صريفَ القلمِ قال: رَبِّ أَرِنِيْ أَنْظُرْ إِلَيْكَ"

“Antara langit ketujuh dan arasy ada tujuh puluh ribu (70,000) hijab. Sentiasa lah DIA mendekatkan Musa kepadaNYA sehingga jarak antaraNYA dan Musa hanyalah satu hijab. Apabila Musa melihat TEMPATNYA dan mendengar suara penNYA, Musa berkata, ‘Wahai Tuhanku, izinkanlah aku melihat wajahMU.’ 

(HR al-Bayhaqi dengan sanad sahih). 

.

Lihat al-Tabari. Dalam al-Tabari disebutkan tambahan, “… hijab cahaya, hijab kegelapan, hijab cahaya dan hijab kegelapan.”


Ini juga diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas, Maysarah (Ata’ al-Khurasani), Abu al-‘Aliyah dan Sa’id ibn Jubayr. Shu’bah berkata, Musa dibawa naik langit oleh Jibril. (al-Tabari). 


Muhammad ibn Ishaq

Muhammad ibn Ishaq (85-151H) berkata, 

فسبحان ذي الجلال والإكرام ، لو سخر بنو آدم في مسافة ما بين الأرض إلى مكانه الذي به استقر على عرشه ، وجعل به قراره مادوا إليه خمسين ألف سنة قبل أن يقطعوه"

Maka mahasuci Allah pemilik keagungan dan kemuliaan. Sekiranya anak-anak Adam berusaha dari bumi ini untuk ke TEMPATNYA yang DIA menetap di atas arasyNYA dan menjadikannya sebagai tempat tinggalNYA, mereka akan sentiasa menuju kepadanya selama 50,000 tahun sebelum dapat melepasinya. 


Hammad ibn Zayd

Hammad ibn Zayd (98-179H) seorang imam mujtahid di Basrah berkata, 

هُوَ فِي مَكَانِهِ يَقْرَبُ مِنْ خَلْقِهِ كَيْفَ شَاءَ

“DIA di tempatNYA, mendekati makhlukNYA sebagaimana yang DIA kehendaki.”


Al-Fudayl ibn ‘Iyadh

Al-Fudayl ibn ‘Iyad berkata, Apabila jahmi berkata kepada kamu, “Saya kafir kepada Tuhan yang berubah dari tempatNYA. Maka jawablah, “Saya beriman kepada Tuhan yang melakukan apa sahaja yang DIA kehendaki.” 


Harb al-Karmani (w280H)

Berkata Al-Imām Harb al-Karmani (280H),

*"Jahmiyyah adalah musuh Allah. Mereka adalah golongan yang mengatakan bahawa al-Quran makhlūq, Allah tidak berkata-kata kepada Musa, Dia tidak dilihat di Akhirat, tidak diketahui bagi Allah itu TEMPAT, bukan di atas arasy dan kursiyy. Mereka itu kuffar maka berhati-hatilah terhadap mereka."*

(al-Hafiz ‘Abdullah ibn Ahmad (213-290H), al-Sunnah, ms 96). 


Ibn Qutaybah al-Dinawari (213-276H) 

‘Abdullah ibn ‘Abd al-Majid ibn Muslim ibn Qutaybah berkata, 

"وَلَوْ أَنَّ هَؤُلَاءِ رَجَعُوْا إِلَى فِطَرِهِمْ وَمَا رُكِّبَتْ عَلَيْهِ خِلْقَتُهُمْ مِنْ مَعْرِفَةِ الْخَالِقِ سبحانه لعَلِمُوْا أَنَّ اللهَ تعالى هُوَ الْعَلِيُّ وهوَ الْأَعْلَى وهو بِالْمَكَانِ الرَّفِيعِ"

“Sekiranya mereka kembali kepada fitrah mereka dan asal penciptaan mereka dalam mengenal Pencipta, nescaya mereka mengetahui bahawa Allah ta’ala DIA lah al-‘Aliyy (mahatinggi) dan DIA lah al-‘A’la (yang paling tinggi), dan DIA berada di TEMPAT yang sangat tinggi.” 


Al-Darimi

Al-Imam ‘Uthman ibn Sa’id al-Darimi (w280H), 

"وكيفَ يَهْتَدِيْ بِشْرٌ لِلتَّوْحِيْدِ وَهُوَ لَا يَعْرِفُ مَكَانَ وَاحِدِهِ.."

“Bagaimana Bishr dapat mengenal tawhid sedangkan dia tidak mengetahui TEMPAT Tuhannya yang satu.” 


Berkata Al-Imām Abu Sa'id al-Dārimi (w280H) dalam al-Naqdh 'ala al-Marisi,

فكل أَحَدٍ بالله وبمكانه أَعْلَمُ من الجهمية

“Setiap manusia lebih mengetahui tentang Allāh dan tempatNya berbanding jahmiyyah.” 


Al-Tabari

Al-Tabari (224-310H) berkata, 

قال الطبري: "وقال آخرون: معنى ذلك: وهو العلي على خلقه بارتفاع مكانه عن أماكن خلقه، لأنه تعالى ذكره فوق جميع خلقه وخلقه دونه، كما وصف به نفسه أنه على العرش، فهو عال بذلك عليهم."

Berkata Ulama Tafsir yang lain, makna al-‘Aliyy itu ialah DIA MahaTinggi

di atas segala makhlukNYA dengan ketinggian tempatNYA dari segala tempat makhlukNYA kerana DIA di atas segala makhlukNYA, dan segala makhlukNYA di bawahNYA, sebagaimana yang DIA sifatkan diriNYA dengannya bahawa DIA di atas Arasy. Maka DIA tinggi dengan itu di atas mereka.” (Tafsir al-Tabari).


 Ibn Battah al-‘Ukbari

Ibn Battah, 

"نقول : إن ربنا تعالى في أرفع الأماكن ، وأعلى عليين ، قد استوى على عرشه فوق سماواته ، وعلمه محيط بجميع خلقه ، يعلم ما نأى كما يعلم ما دنا ، ويعلم ما بطن كما يعلم ما ظهر كما وصف نفسه"

Kami katakan, “Sesungguhnya Tuhan kami yang mahatinggi berada di tempat yang paling tinggi…”


Ibn ‘Abd al-Barr al-Qurtubi

Al-Imam al-Hafiz Ibn ‘Abd al-Barr, 

ولكنا نقول : اسْتَوَى مِنْ لَا مَكَان إِلَى مَكَان

“Kami mengatakan, DIA istiwa’ duduk bersemayam dari tanpa tempat kepada adanya tempat.”


Abu Isma’il al-Ansari

Al-Imam al-Hafiz 

Abu Isma’il al-Ansari (396-481H) menegaskan bahawa Allah bertempat dan berkata, “Mereka itu berkata DIA tiada bertempat, tidak disifatkan  ‘di mana’ sedangkan telah berkata muballigh dari Allah (Nabi saw) kepada jariyah Mu’awiyah ibn al-Hakam al-Sulami, ‘Di mana Allah?’. (‘di mana’ adalah pertanyaan tentang tempat, bukan tentang kemuliaan)

Mereka (mu’attilah) berkata, DIA di atas sebagaimana DIA di bawah, tidak diketahui di mana DIA. Tidak disifatkan dengan sesuatu tempat, DIA tidak di atas langit dan tidak juga di bumi. Mereka mengingkari jihah (arah) dan had!”


Al-Maqdisi

‘Abd al-Ghani al-Maqdisi menegaskan bahawa Allah bertempat dan berkata, “Dulu DIA tidak bertempat, hari ini DIA bertempat.” 


Al-Dashti

Al-Imam al-Hafiz 

Al-Dashti al-Hanbali (Abu Bakr Ahmad ibn Muhammad) menegaskan bahawa Allah bertempat dan berkata, 

“Mazhab Ashab al-Hadith Ulama Ahl Sunnah, imam-imam muslimin dan Ulama’ Bayan mengiktiqadkan dan menyaksikan bahawa sesiapa yang mengatakan bahawa Allah tidak mempunyai had, yakni Allah di setiap empat, atau tidak di atas arasy sebagaimana yang diyakini oleh orang ramai (Ahl Sunnah bahawa Allah di atas arasy) atau tidak mempunyai jihah (arah atas) dan tidak juga tempat, maka sesungguhnya dia telah murtad dari agama islam dan masuk ke dalam kelompok musyrikin.” 

(al-Dashti, Ithbat al-Hadd li Allah).


Ibn Rajab al-Hanbali

Al-Imam al-Hafiz 

Ibn Rajab al-Hanbali berkata, “Dalam al-Sahihayn ada mengithbatkan lafaz MAKAN (tempat bagi ALLAH).”


Allah Memang Berwajah dan Bertangan. 

Ini sahih, jelas dalam al-Quran dan hadith-hadith sahih. 

Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah meyakini bahawa ALLAH SWT mempunyai wajah yang agung lagi haqiqi. Al-Imam al-Shafi’i berkata, ALLAH mempunyai wajah berdasarkan firman Allah, 

وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ [الرحمن 27]

“Dan kekal wajah Tuhanmu (dan zatNya) yang maha agung lagi maha memberi kemuliaan.” (Surah al-Rahman: ayat 27). 

Ini dalil pertama. 

Kedua, Nabi saw berdoa, 

وأسألُكَ لذَّةَ النظرِ إلى وجهِكَ ، والشوْقَ إلى لقائِكَ في غيرِ ضراءَ مُضِرَّةٍ ، ولا فتنةٍ مُضِلَّةٍ ، اللهم زيِّنَّا بزينَةِ الإيمانِ ، واجعلنا هُداةً مهتدينَ

“Sesungguhnya saya meminta dariMu kelazatan melihat WajahMu dan rindu menemuiMu tanpa sebarang penyakit yang memudaratkan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan hiasan iman, jadikanlah kami sebagai penunjuk jalan lagi sentiasa mengikuti petunjuk.” (Sahih HR al-Nasa’ei dan al-Imam Ahmad). 


Melihat wajahMU yakni wajah Allah yang haqiqi, bukan melihat keredhaanMU.!


Ketiga, 

Firman Allah, 

لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَىٰ وَزِيَادَةٌ

“Bagi orang-orang yang berbuat ihsan (baik) itu husna (syurga) dan ziyadah (tambahan)…” (Yunus: ayat 26). 

‘Abd al-Rahman ibn Abi Layla r.a. dan ‘Amir ibn Sa’d mentafsirkan ziyadah sebagai; “melihat kepada wajah ALLAH ‘azza wa jall.” (Sahih, riwayat ‘Abdullah ibn Ahmad, Ibn Jarir, Ibn Khuzaymah, al-Lalaka’ei dan al-Daraqutni).

Jelas bahawa ziyadah adalah melihat kepada wajah Allah yang haqiqi, yang wujud secara haqiqi, bukan khayali zihni.


Dalil ke 4. Wajah ALLAH yang maha agung lagi haqiqi dan ALLAH menghijab diriNYA

عَنْ أَبِي مُوسَى ، قَالَ : قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِخَمْسِ كَلِمَاتٍ ، فَقَالَ : (( إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ ، لَا يَنَامُ ، وَلَا يَنْبَغِي لَهُ أَنْ يَنَامَ ، يَخْفِضُ الْقِسْطَ وَيَرْفَعُهُ ، يُرْفَعُ إِلَيْهِ عَمَلُ اللَّيْلِ قَبْلَ عَمَلِ النَّهَارِ ، وَعَمَلُ النَّهَارِ قَبْلَ عَمَلِ اللَّيْلِ ، حِجَابُهُ النُّورُ )) ، وَفِي رِوَايَةِ أَبِي بَكْرٍ ((النَّارُ ، لَوْ كَشَفَهُ لَأَحْرَقَتْ سُبُحَاتُ وَجْهِهِ ، مَا انْتَهَى إِلَيْهِ بَصَرُهُ مِنْ خَلْقِهِ)) صحيح مسلم كتاب الإيمان ، 268.

Dari Abu Musa berkata, Rasulullah saw telah berdiri di hadapan kami menyampaikan 5 kalimah, Baginda berkata, 

“Sesungguhnya ALLAH ‘azza wa jalla tidak tidur, dan tidak sepatutnya bagiNya untuk tidur, DIA merendahkan dan mengangkatnya, diangkat kepadaNya amalan malam sebelum amalan siang, amalan siang sebelum amalan malam. HijabNya cahaya. Sekiranya Dia membukanya nescaya cahaya wajahNya membakar segala makhlukNya.” 

(Sahih Muslim, hadith 268). 


Jangan keliru antara "menyebut sifat-sifat Allah" dengan "tashbīh (menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk)."

Imrar itu iman yang sahih. Tashbih pula adalah syirik, kufr tashbih dan riddah. 

قال الإمام إسحاق بن راهويه: (238هـ): "إنما التشبيه إذا قال: يد كيد، أو مثل يد، أو سمع كسمع أو مثل سمع، فإذا قال: سمع كسمع أو مثل سمع فهذا التشبيه وأما إذا قال: كما قال الله تعالى: يد وسمع وبصر، ولا يقول كيف، ولا يقول مثل سمع ولا كسمع، فهذا لا يكون تشبيهاً وهو كما قال الله تعالى في كتابه:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ [الشورى:11]

Al-Imam Ishaq bin Rahawayh berkata (238 H): 

"Syirik tashbīh تشبيه itu adalah jika seseorang berkata: Tangan Allah adalah seperti tangan (manusia), atau serupa tangan (makhluk).

Apabila seseorang mengatakan bahawa pendengaran (Allāh) seperti pendengaran (makhluk) atau serupa dengan pendengaran makhluk, maka inilah tashbīh (syirik).

Adapun jika mengatakan sebagaimana yang Allāh Ta’ala katakan, 


Tangan Allah, pendengaran Allāh dan penglihatan Allāh

(yakni ia mengatakan DIA bertangan, mendengar dan melihat), dan dia tidak mengatakan bagaimana (rupanya dan hakikatnya), dan dia tidak mengatakan pendengaran Allah seperti  pendengaran manusia atau seumpama mendengarnya makhluk, maka ini bukan lah tashbīh. 

Ini adalah seperti firman Allah dalam kitabNya

ليس كمثله شيء وهو السميع البصير

“…tidak ada yang serupa dengan Dia, dan Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.” (Al-Shura: 11).


Manusia juga dinamakan sami’ basir, tetapi tidak sama dengan sami’ dan basirnya Allah. perkataan yang sama tetapi hakikat (ma’ani), rupa, sifat dan zatnya tidak sama. Yang dikatakan kufr tashbih ialah apabila menyamakan Allah dengan makhluk dari segenap segi dan aspek.

Mengatakan, 

“Allah bertangan, Tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk.” Ini sahīh, benar dan muslim, tiada masalah. ✅


Tetapi mengatakan, 

“Allah bertangan dan tangan Allah sama dengan tangan manusia” maka ini syirik dan kufur tashbīh. Sesiapa yang mempercayai aqidah seperti ini maka mushabbih kāfir musyrik. 

Hati-hati menuduh orang lain sebagai mushabbih yang melakukan tashbih kerana itu takfir. Tidak harus semberono menuduh kafir (mushabbih) kepada muslim yang bershahadah, bersolat 5 waktu dan tidak melakukan kekufuran, kerana itu dosa besar dan kekufuran itu kembali kepada penuduh, akibatnya si penuduh yang menjadi kafir, rugi dunia dan akhirat. Ini kerana tashbih dalam islam adalah kufr (iaitu kufr riddah yang mengeluarkan dari islam).


Sesetengah penceramah berkata, 

Sesiapa yang mengatakan Allah bertangan, walaupun tidak sama dengan tangan makhluk, bermakna dia telah melakukan (kufr) tashbīh (menyamakan Allah dengan makhluk)


Kami katakan;

Ini tidak benar, kerana dalam Islam yang dikatakan tashbīh ialah apabila mengatakan tangan Allah sama dengan tangan manusia atau tangan makhluk. Ini barulah syirik tashbīh

Sekiranya semata-mata menyebut “wajah Allah,  tangan Allah, Allāh di atas arasy” terus menjadi mushabbih kāfir, bermakna Allah, Rasulullah, Qur'an dan Hadīth adalah mushabbih!. Ini mustahil!

Para Sahabat Nabi juga mushabbih kafir! Ini mustahil...


Al-Imam Abu Hatim al-Rāzī berkata, 

“Sesiapa yang mengatakan fulan (yang menerima sifat wajah, tangan Allah dan istiwa'Nya sebagai) mushabbih, maka ketahuilah bahawa dia itu Jahmī (Mu'tazilī kāfir).”


Abu Hatim al-Rāzī dan Qutaybah berkata, 

“Sesiapa yang mengatakan fulan melakukan tashbīh, maka ia adalah Jahmī mu'attil جهمي معطل.”


Tidakkah anda takut menjadi jahmi mu’tazili kafir seperti yang difatwakan dan diijma’kan oleh ulama salaf.?



Ahbash 

Buku-buku Abdullah al-Harari al-Habashi wajib dijauhi. Pengikut-pengikut ahbash wajib ditinggalkan. Jauhi juga semua cawangan ahbash. Ahbash itu adalah berfahaman jahmiyyah mu’tazilah. Mereka juga khawarij suka mengkafirkan muslimin membuktikan mereka itu adalah khawarij takfiriyyun. 

Abdullah Harari seorang penipu dan pencuri. Ahli sihir. Quburi yang mengharuskan prbuatan meminta madad dan pertolongan dari qubur. Dia mencuri buku orang lain berjudul Bughyat al-Talib fi Ma’rifat ‘Ilm al-Din al-Daruri (karangan ulama yaman bernama al-Habib ‘Abdullah ibn Husayn ibn Tahir Ba ‘Alawi 1778-1855), lalu menulis namanya di kulit buku itu dan mengatakan bahawa buku itu adalah karangannya. Setelah terbukti dia menipu, dia mengaku bahawa itu bukan karangan nya, tetapi karangan al-Habib Abdullah Ba ‘Alawi. 

Abdullah Harari menolak zakat wang kertas. Hakikatnya Abdullah harari habashi ketua Ahbash menolak hukum zakat. Murtad. wal ‘iyazu billah. 

Abdullah al-Harari al-Fasiq (ketua syiah ahbash) juga telah menimbulkan fitnah (kesesatan) di Amerika dan Kanada dengan mengubah kiblat, sehingga mereka memiliki masjid yang khas yang mereka ubah arah kiblatnya 90 darjah. Mereka menghadap kiblat yang berlawanan dengan kiblat umat Islam.

Dalam aqidah, kelompok Ahbash Sesat itu yakin Allah tidak bertempat, iaitu aqidah jahmiyyah mu’tazilah yang batil, aqidah Aristotle musyrik, bukan aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Mereka mempromosikannya ke sana sini. Mereka mengingkari nama-nama Allah, sifat-SifatNya, dan perbuatan-perbuatanNya yang haqiqi. Mereka menafikan wajah Allah, tangan Allah, ketinggian ALLAH di atas arasy dll yakni sebenarnya mereka menolak al-Quran dan Hadith. Ini fahaman mu’tazilah dan jahmiyyah yang sesat lagi membingungkan. 

Islamkah sekiranya menolak sifat-sifat Allah Yang Maha Tinggi? 

Hakikatnya ahbash kehilangan tuhan mereka, mereka menyembah tuhan yang tidak wujud...Bahkan Syiah Ahbash hakikatnya menafikan zat dan kewujudan ALLAH.

Ini kerana menafikan sifat-sifat hakikatnya adalah menafikan zat

Ahbash Menganuti Naqshabandiyyah Rifa’iyyah Sesat


al-Ahbash mengajak kepada tariqat sesat naqshabandi dan rifa’iyyah yang sesat.

 Mereka berzikir tidak mengikuti sunnah tetapi berzikir dengan lafaz-lafaz yang direka-reka sendiri sambil menari-nari. Membaca qasidah-qasidah dan nasyid-nasyid yang mengandungi syirik. 

Hampir semua tariqat mengajarkan istighathah (memohon pertolongan) dari selain Allah, seperti meminta kesembuhan penyakit dari shaykh-shaykh tariqat yang masih hidup dan yang telah mati. 


Shaykh harus disembah oleh para pengikut.

 Apakah masih berbaki Iman dan Islam?

 Bahkan pengasas tariqat naqshabandiyyah iaitu Baha’uddin al-Naqshabandi pernah berkata, ” Aku kafir kepada agama Allah, dan kufur itu di sisiku wajib…”

 Pelbagai dakwaan karut dalam tariqat seperti selalu naik Arasy Allah. 

Apabila Naqshabandi mati, pengikut-pengikutnya membina masjid dan kubah di atas kuburnya.

 Mereka berdoa dan solat di situ sedangkan Nabi saw telah memberikan peringatan, “Allah melaknat yahudi dan Nasrani, mereka mengambil kubur nabi-nabi mereka sebaga masjid.”

Ada di kalangan mereka bernama Ahmad al-Faruqi berkata, “Aku temui Allah itu ialah benda-benda ini (alam ini). Bahkan Allah itu diriku sendiri.”

 (Lihat al-Mawahib al-Sarmadiyyah).


Ini ajaran kufur dan syirik wahdatul wujud. 

Mereka mengatakan bahawa orang yang beribadah kerana mengharapkan syurga dan takutkan neraka adalah taghut.

Kepercayaan seperti ini menyalahi Kitab, Sunnah dan aqidah para nabi.

 Dalam Aqidah Islam ASWJ, ibadah dilakukan kerana cinta kepada Allah, takutkan neraka dan mengharapkan syurgaNYA.


 Nabi Ibrahim sendiri berkata,

 “Ya Allah, jadikanlah aku penghuni syurga yang penuh nikmat.”


 Nabi saw disuruh berdoa,

 “Sesungguhnya aku takut – sekiranya akau derhaka kepada Tuhanku – akan azab yang sangat dahsyat pada Hari Qiyamat.”


 Malangnya apabila syirik-syirik dan kesesatan mereka dikritik, mereka akan melabel si penasihat jujur itu sebagai wahhabi!


Ibn Tumart (idola Ahbash) Pembunuh Muslimin 

Muhammad ibnu Abdullah ibn Tumart al-Saffāh al-khāriji al-mu'tazili

Jahmi, 

Takfiri, 

Rāfidhī

Mengaku maksum

Mengaku imam Mahdi

Membunuh 70000 muslimin Maghribi

Mengarang buku Aqīdah Mursyidah sesat yang dipromosikan oleh Shiah Ahbash sekarang. 

Aqidah islam tidak diambil dari fasiq mujrim pembunuh pendusta seperti Ibn Tumart. Hadakallahu wa iyyana.

Wassalam. 

[Gerakan PENA Malaysia]



Comments