Amalan merenjis Tepung Air Tawar

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman



Amalan merenjis tepung air tawar atau apa jua jenis air tidak pernah dicontohkan oleh Nabi ﷺ ataupun diamalkan oleh para Sahabat yang mulia. 

Sedangkan sabda Nabi ﷺ:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ.

"Barang siapa mengada-adakan SESUATU YANG BAHARU dalam urusan kita ini (AGAMA) maka ia adalah TERTOLAK."

[Riwayat Bukhari dan Muslim] 

Sabdanya ﷺ: 

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.

"Barang siapa melakukan sesuatu AMALAN yang TIDAK menepati cara kami maka ia adalah TERTOLAK." 

[Riwayat Muslim] 

Tertolak ertinya tidak diterima ALLAH, terbatal dan tidak mendapat apa-apa ganjaran. 

Bahkan orangnya layak mendapat dosa dan kemurkaan ALLAH kerana tidak patuh SUNAH NABI ﷺ dalam beramal ibadah. 

Sedangkan ALLAH ﷻ berfirman:

وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ.

"Dan apa yang dibawakan oleh Rasulullah maka terimalah ia, dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi". 

[Surah Al-Hasyr, ayat 7]

Nabi ﷺ telah membawa SUNAH dan telah menegah daripada perbuatan mengada-adakan perkara baharu dalam Agama. 

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah. 


[Gerakan PENA Malaysia]

Comments