Adakah Rasis Bila...

OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis.

ADAKAH RASIS BILA MENYATAKAN BAHAWA SEORANG MUSLIM TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENYAMBUT PERAYAAN KEAGAMAAN LAIN?

Anda nak tuduh Rasulullah rasis sebab Rasulullah tak pergi perayaan kaum Yahudi ketika baginda jadi pemimpin di Madinah?

Bagaimana dengan hadith : 

Penduduk Madinah mempunyai dua hari pada zaman jahiliyyah yang mana pada hari tersebut mereka beraya dan bermain padanya, maka tatkala ditanya kepada Rasulullah berkenaan perayaan tersebut baginda menjawab : Kamu dahulu telah ada dua hari yang mana kamu bermain-main padanya, sesungguhnya Allah telah menukar kepada kamu dua hari tersebut dengan hari yang lebih baik lagi iaitu : Idul Fitri dan Idul Adha. (HR an-Nasaie 1556)

Kenapakah didalam hadith ini Rasulullah tidak berkata, "biarlah aku pergi untuk hari perayaan tersebut kerana aku merupakan pemimpin, bahkan Rasulullah mengatakan: "Allah telah menukar dua hari perayaan tersebut dengan dua hari yang lebih baik lagi iaitu Idul Fitri dan Idul Adha"

Bagaimana dengan hadith :

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia akan dibangkitkan dikalangan kaum tersebut ( HR Abu Daud 4031)

Apakah tasyabbuh terbesar selain pakaian keagamaan melainkan mengunjungi rumah ibadat pada hari perayaan?

Tunjukkan hadith mana yang membenarkan sambutan perayaan keagamaan lain sedangkan masyarakat majmuk telah wujud sejak zaman nabi. Nabi sendiri adalah pemimpin kepada semua kaum termasuk kaum kafir dan Yahudi ketika itu.

Adakah nak kata nabi itu rasis sebab tak ikut perayaan keagamaan lain?

Fikir-fikirkanlah sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan akidah.

Jadi bagaimana cara toleransi sebenar sesama kaum?

Toleransi dalam perkara berkaitan dengan muamalah dan pergaulan sesama manusia. Dalam bab jual beli, jangan dibezakan layanan antara yang muslim mahupun bukan muslim.

Dalam bab rasuah, tidak halal mengambil rasuah samada pemberinya itu merupakan muslim mahupun bukan muslim. Begitu juga penerima rasuah.

Dalam bab pendidikan, jangan dibezakan antara muslim dengan bukan muslim dari sudut mendapat hak pendidikan.

Dalam bab kewangan, tidak halal berhutang dengan muslim ataupun bukan muslim melainkan hutang itu mesti dibayar sekalipun berhutang dengan Yahudi ataupun bank yang mengamalkan riba.

Ini antara toleransi yang dibenarkan didalam Islam. Terlalu banyak perkara yang boleh kita bertoleransi, bahkan antara jiran bukan muslim pun ada haknya, tidak perlu untuk kita bertoleransi hinggakan menggadai akidah dan prinsip agama.



Comments