Engkau Menutupi Aibku...

OLEH: Lukhman Abdul Taib.

“ENGKAU MENUTUPI AIBKU, SEDANGKAN DIA MENCELAKU”

Imam Ḥamzah al-Ziyāt (w. 156H) dan Imam ‘Alī al-Kisā’ī (w. 189H) merupakan imam bukan sahaja di dalam ilmu qiraat, bahkan juga ilmu nahu. Imam al-Kisā’ī merupakan anak murid kepada Imam Ḥamzah.

Dihikayatkan pada suatu hari, ketika Imam al-Kisā’ī membaca al-Quran di hadapan Imam Ḥamzah seorang lelaki berjalan melalui mereka. Maka Imam al-Kisā’ī merendahkan suaranya dan membaca secara perlahan-lahan.

Lalu Imam Ḥamzah bertanya kepadanya, “Engkau memuliakan lelaki itu tetapi tidak kepadaku?”

Imam al-Kisā’ī menjawab, “Wahai sayyidī (tuanku), engkau menutup kesalahan dan kegelinciran, sedangkan lelaki itu [akan] mencelaku [jika aku melakukan kesilapan].”



Comments