Kenapa Dia Pakai Macam Tu?

OLEH: Abu Aqif.

Ada orang tanya kenapa wife saya asyik pakai jubah hitam sahaja.

Sebab utamanya adalah saya ni kuat cemburu, tak suka orang tengok isteri saya.

Pakaian warna warni bagi perempuan ni menarik mata lelaki. Kalau tak ditenung kurang-kurang melirik jugak matanya nak tengok.

Kita suami ni kena la rasa cemburu, jangan dayus. Jangan biarkan isteri keluar rumah dalam keadaan kita tahu tubuh isteri jadi tontonan umum. Haram masuk Syurga untuk suami yang dayus.

Nabi ﷺ bersabda,

ثَلاَثَةٌ قَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِمُ الْجَنَّةَ مُدْمِنُ الْخَمْرِ وَالْعَاقُّ وَالْدَّيُّوثُ الَّذِى يُقِرُّ فِى أَهْلِهِ الْخُبْثَ

"Ada tiga orang yang Allah haramkan masuk Syurga iaitu: pecandu khamar, orang yang derhaka pada orang tua, dan orang yang (dayus) tidak memiliki sifat cemburu yang menyetujui perkara keji pada keluarganya." [HR. Ahmad 2: 69].

Namun tidaklah wajib wanita berpakaian hitam. Boleh pakai warna selain hitam asalkan tidak menimbulkan godaan dan perhatian dari lelaki.

Boleh pakai hitam sahaja kerana ia juga dicontohkan oleh isteri-isteri sahabat Nabi.



Comments