Sejarah Quburiyyah.

OLEH: Ustaz Abu Azzam.

Telah muncul syirik quburiyyah sejak tahun 300H, diasaskan oleh golongan shi’ah batiniyyah.

Quburiyyah adalah golongan pelampau terhadap kubur-kubur, mendewakan, memuja, mengagungkan dan mensucikan kubur-kubur (kubur nabi-nabi dan wali-wali kononnya), mempercayai kepercayaan-kepercayaan yang tidak harus dii’tiqadkan melainkan kepada Allah, mendatangi kubur-kubur dengan melakukan pelbagai doa, permintaan dan upacara ibadat, meminta hajat-hajat dari penghuni kubur yakni meminta dari selain ALLAH Ta’ala. Syirik akbar!
.
Mereka melakukan bid’ah shadd al-rihal (perjalanan jauh) ke kubur-kubur para tokoh. Mencium kubur, mengusap dan tawaf di sekeliling kubur. Semua itu adalah wasilah syirik yang boleh membawa kepada syirik akbar yang membatalkan aqidah akhirnya.
.
Mereka bukan mendatangi kubur untuk mengingati kematian, Akhirat dan mendoakan keampunan bagi ahli-ahli kubur seperti yang disyariatkan.! Bahkan meminta-minta hajat dan pertolongan dari ahli kubur! Syirik akbar dan kufr riddah!
.
Diperhatikan quburiyyah meminta barakah, syafa’at (pertolongan), nikmat, jodoh, anak, kekayaan, kesihatan, kemajuan perniagaan dan rezeki dari ahli kubur. Beristi’anah (meminta bantuan) dan istighathah (meminta pertolongan dan madad ketika susah) dari ahli-ahli kubur. Ini kufr riddah menurut ijma’ walaupun mengucap, bersolat, berpuasa, berzakat, haji dan umrah. Quburiyyun bukan sahaja membaca al-Quran dan berzikir, membaca talqin, bahkan mereka menyanyi, menari, berqasidah, beriktikaf dan bergendang di kubur-kubur. Kubur-kubur dihias seperti taman-taman bunga dan diletakkan lampu-lampu.

Bahkan ada dari kalangan mereka itu sujud dan rukuk kepada kubur dengan sangkaan bahawa perbuatan itu adalah tawassul dan mahabbah.
.
Golongan quburiyyah melakukan syirik yang diperangi sekalian para nabi yakni syirik dalam uluhiyyah (ibadah). Syirik telah membinasakan umat-umat terdahulu sehingga diazab. Syirik mengakibatkan kehinaan di mana musyrikin dinamakan najis (al-Tawbah: 28). Quburiyyah beragama dengan khurafat-khufarat, khayalan dan menyembah berhala.
.
Syirik menggugurkan dan menghancurkan segala amal.

ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ ۚ وَلَوْ أَشْرَكُوا۟ لَحَبِطَ عَنْهُم مَّا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

“…Sekiranya mereka mensyirikkan ALLAH nescaya pasti gugur (batal) segala apa yang mereka lakukan.” (al-An’am: 88).

1. Syirik menghalang keampunan Allah selama-lamanya. (Al-Nisa’ : 48 dan 116)
2. Syirik mengharamkan syafaat selama-lamanya.
3. Syirik Mengharamkan syurga dan Mengekalkan dalam api neraka selama-lamanya. (al-Ma’idah: 72)Wal ‘iyazu billah.
.
اِنَّ اللّٰهَ لَا يَغْفِرُ اَنْ يُّشْرَكَ بِهٖ وَيَغْفِرُ مَا دُوْنَ ذٰلِكَ لِمَنْ يَّشَاۤءُ ۚ وَمَنْ يُّشْرِكْ بِاللّٰهِ فَقَدِ افْتَرٰٓى اِثْمًا عَظِيْمًا

(Al-Nisa’: 48). Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan (dosa) kerana mempersekutukan-Nya (syirik), dan Dia mengampuni apa (dosa) yang selain (syirik) itu, bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah (dengan sesuatu), maka sungguh, dia telah berbuat dosa yang sangat besar.

وَلَا يَمْلِكُ الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِهِ الشَّفَاعَةَ اِلَّا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ

Dan orang-orang yang menyeru kepada selain Allah tidak mendapat syafaat (pertolongan di akhirat); kecuali orang yang mengakui yang hak (kebenaran-tawhid shahadatayn) dan dalam keadaan mereka mengetahuinya (meyakininya). (al-Zukhruf: 86).

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِيْنَ قَالُوْٓا اِنَّ اللّٰهَ هُوَ الْمَسِيْحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۗوَقَالَ الْمَسِيْحُ يٰبَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ اعْبُدُوا اللّٰهَ رَبِّيْ وَرَبَّكُمْ ۗ
اِنَّهٗ مَنْ يُّشْرِكْ بِاللّٰهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللّٰهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوٰىهُ النَّارُ ۗوَمَا لِلظّٰلِمِيْنَ مِنْ اَنْصَارٍ

72. Sungguh, telah kafir orang-orang yang berkata, “Sesungguhnya Allah itu dialah Al-Masih putra Maryam.” Padahal Al-Masih (sendiri) berkata, “Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu.”

Sesungguhnya barangsiapa mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka sungguh, Allah mengharamkan syurga baginya, dan tempatnya ialah neraka. Dan tidak ada seorang penolong pun bagi orang-orang zalim itu.

Cara dan manhaj quburiyyah adalah

-manhaj musyrikin penyembah berhala, iaitu ghuluww terhadap orang-orang salih. Ghuluww kepada orang salih adalah punca keberhalaan. Quburiyyun meniru musyrikin tashhabbuh dengan musyrikin sama ada mereka sedar atau pun tidak.

-Aqidah jahmiyyah murji’ah juga antara punca quburiyyah. Yakni fahaman kononnya tidak salah melakukan syirik (yang mereka namakan istighathah, tabarruk, tashaffu’ dan tawassul, mahabbah rasul dan wali) selagi hati beriman kepada Allah. Kononnya Syirik dan kufr sebenar ialah apabila hati mendustakan ALLAH (takzib qalbi) atau percaya kubur dapat memberi manfaat atau mudarat. Konon amalan kufr dan kalimah kufr bukanlah kufr.
.
Antara tujuan mereka mendatangi kubur-kubur ialah untuk meminta syafaat dari ahli kubur agar ahli kubur (wali) yang mulia menyampaikan hajat-hajat mereka kepada ALLAH kerana wali itu bersih, suci dan dekat dengan ALLAH, dan supaya ahli kubur mendekatkan mereka kepada ALLAH sedekat-dekatnya.

Akhirnya mereka berdoa meminta hajat-hajat dari ahli kubur bahkan ada yang sujud kepada kubur!
.
Dianggarkan 20,000 kubur disembah di seluruh dunia.

Kubur Badawi di Tanta Mesir didatangi oleh hampir 4 juta manusia, mereka bernazar kepadanya, menyembelih untuknya, memohon hajat-hajat darinya dan bertawaf di sekelilingnya! Begitu juga kubur Nabi Hud (kononnya) di Yaman. Haji dan umrah dilakukan di sana bagi yang tidak mampu ke Mekah.
Quburiyyun juga mendatangi kubur al-Husayn dan al-Shafi’i, meminta hajat dari kedua-duanya. Di nusantara kubur Hang Tuah, wali songo, habib Nuh singapura, Pulau besar Melaka dan lain-lain. 

Banyak berlaku penyembahan kubur di Mesir, Iraq, Iran, India, Pakistan, Syria, Algeria, Sudan dll. Ini adalah syirik akbar yang mengeluarkan dari islam.! Hendklah beraubat dengan segara Kepada allah dan meminta keampunanNYA, kerana Allah maha pengampun bagi orang yang bertaubat dan sangat mengasihi orang kembali beriman.
.
أَفَلَا يَتُوبُونَ إِلَى ٱللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُۥ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
(المائدة - 74)
باركَ اللهُ لِي وَلَكُم فِي القُرآنِ الْعَظِيم؛ وَنَفَعنِي وَإِيّاكُمْ بِمَا فِيِه مِنْ الآيَاتِ وَالذّكرِ الْحَكِيم.
أَقُولُ مَا تَسْمَعُون، وَأسْتَغْفُرُ اللهَ لِي وَلَكُم وَلِسَائرِ الْمُسْلِمِين مِنْ كُلِّ ذَنبٍ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيم.



Comments