Benarkah Allah Di Bumi?

OLEH: Ustaz Abu Azzam.

Benarkah ALLAH di Bumi dan ZatNYA Bersama Makhluk?

Terdapat ayat-ayat yang zahirnya menunjukkan Zat ALLAH berada di langit dan di bumi yakni ZatNya berada di mana-mana di setiap tempat atau hulul. Kefahaman seperti ini adalah batil. Sebenarnya tafsiran yang sahih ialah tafsiran salaf, bahawa yang di bumi itu ialah penglihatanNya, pendengaranNya, penyaksianNya, ilmuNya dan qudratNya, sedangkan DIA di atas arasyNYA.

1. Tafsiran ayat 186 surah al-Baqarah

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ  كَأَنَّهُ قَالَ فَقُلْ لَهُمْ إِنِّيْ قَرِيْبٌ مِنْهُمْ بِالْعِلْمِ لَا يَخْفَى عَلَيَّ شَيْءٌ كَمَا قَالَ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الَوَرِيْد

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentangKu maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat…”(surah al-Baqarah ayat 186). al-Imam al-Baghawi berkata, maknanya, katakanlanlah kepada mereka sesungguhnya Aku dekat kepada mereka dengan ilmu, tidak tersembunyi kepadaKu sesuatu pun seperti firmanNya “…(pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (Surah Qaf ayat 16).

Bukan bermakna ALLAH berada di leher manusia.

Soalan.

Bagaimana dengan hadith yang menyatakan bahawa ALLAH di depan orang bersolat? Bukankah ini menunjukkan ALLAH di bumi dan di mana-mana?

Jawapan:

Hadith itu telah dijelaskan oleh hadith-hadith lain bahawa yang di depan orang bersolat itu adalah qiblat.

2. Tafsiran yang sahih ayat 3 surah al-An’am

وَهُوَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَفِي الْأَرْضِ ۖ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُونَ (3)

Firman ALLAH Ta’ala, “Dan Dialah di langit dan di bumi, Dia mengetahui rahsia kamu dan zahir kamu dan mengetahui segala apa yang kamu lakukan.” (Surah al-An’am: ayat 3).

Al-Qurtubi berkata, Terdapat beberapa tafsiran bagi ayat ini;

Dialah ALLAH      al-mu’azzam (yang diagungkan) atau al-ma’bud (disembah) di langit dan di      bumi (bukan bermakna ALLAH itu ada di bumi).

Dialah      yang bersendirian mentadbir di langit dan di bumi

Dia lah ALLAH      yang berkuasa di langit dan Dialah yang berkuasa di bumi

dan Dialah      ALLAH yang mengetahui rahsia kamu dan zahir kamu di langit dan di bumi, maka tidak tersembunyi sesuatu pun dari pengetahuanNya. Al-Nahhas berkata,      Ini adalah tafsiran terbaik.
Muhammad      ibn Jarir berkata, maksudnya, Dan Dialah ALLAH yang di atas langit, Dia mengetahui rahsia kamu dan zahir      kamu dan mengetahui segala apa yang kamu lakukan di bumi. (Tafsir      al-Qurtubi).

3. Tafsiran Ayat 84 Surah Az-Zukhruf

وَقَوْلُهُ وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَآءِ إِلَٰهٌ وَفِي الْأَرْضِ إِلَٰهٌ ۚ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيمُ (84)

Dan firmanNya, “Dan Dialah yang di atas langit sebagai Tuhan dan di bumi sebagai Tuhan…” (al-Zukhruf: ayat 84)

يَقُوْلُ تَعَالَى ذِكْرُهُ : وَاللهُ الَّذِي لَهُ الْأُلُوْهِيَّةُ فِي السَّمَاءِ مَعْبُوْدٌ ، وَفِي الْأَرْضِ مَعْبُودٌ كَمَا هُوَ فِي السَّمَاءِ مَعْبُودٌ ، لَا شَيْءَ سِوَاهُ تَصْلُحُ عِبَادَتُهُ ، يَقُوْلُ تَعَالَى ذِكْرُهُ : فَأَفْرِدُوْا لِمَنْ هَذِهِ صِفَتُهُ الْعِبَادَةَ وَلَا تُشْرِكُوْا بِهِ شَيْئًا غَيْرَهُ

Al-Imam al-Tabari berkata, maksudnya (al-Zukhruf: 4) ialah, “Dan Dialah ALLAH yang milikNya ketuhanan di atas langit Dia ma’bud (disembah), dan di bumi juga Dia ma’bud (disembah) sebagaimana Dia disembah di atas langit. Tiada sesuatu pun selainNya yang layak disembah, maka ifradkanlah penyembahan kepada yang ini sifatNya dan jangan kamu sekalian mensyirikkanNya dengan sesuatu pun selainNya.”

Ayat ini bukan bermakna ALLAH berada di bumi, tetapi Dia disembah di langit dan disembah di bumi. 

Begitulah tafsiran Qatadah. (Lihat Tafsir al-Tabari)

4. Tafsir ayat 16 surah Qaaf

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ [ق:16]

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” 

Surah Qaf ayat 16.

al-Imam al-Tabari berkata, “nahnu amlak bihi wa aqrab ilayh fi al-maqdarah alayh” dan “bi al-‘ilm” yakni lebih menguasai dan lebih mengetahui.

Al-Imam al-Qurtubi berkata, “Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya di sini ialah qurb al-‘ilm wa al-qudrah iaitu kedekatan ilmuNya dan qudratNya.” Bukan qurb al-masafah (dekat jarak).

5. Tafsir Ayat 4 Surah Al-Hadid

“Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada…” (surah al-Hadid ayat 4). Ayat ini sering digunakan oleh golongan Jahmiyyah untuk membenarkan aqidah sesat mereka kononnya Allah berada di mana-mana.

Al-Imam al-Tabari berkata tentang tafsiran ayat 4 surah al-Hadid,

((وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَمَا كُنْتُمْ)) يَقُولُ: وَهُوَ شَاهِدٌ لَكُمْ أَيُّهَا النَّاسُ أَيْنَمَا كُنْتُمْ يَعْلَمُكُمْ، وَيَعْلَمُ أَعْمَالَكُمْ، وَمُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ، وَهُوَ عَلَى عَرْشِهِ فَوْقَ سَمَوَاتِهِ السَّبْعِ ، (وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ) [الحديد: 4]
.
“…Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada…” (surah al-Hadid ayat 4) maknanya, dan DIA menyaksikan kamu sekalian wahai manusia, di mana saja kamu berada, Dia mengetahui akan kamu dan segala amalan kamu, gerak geri dan diam kamu sedangkan Dia di atas arasyNya di atas langitNya yang ketujuh.(Al-Tabari, Jami’ al-Bayan, jld 23, ms 170).

6. Tafsir Ayat 7 Surah Al-Mujadalah

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ مَا يَكُونُ مِن نَّجْوَىٰ ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَىٰ مِن ذَٰلِكَ وَلَا أَكْثَرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ۖ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (7)

“Tidakkah kamu perhatikan, bahawa ALLAH mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi? Tidak ada bisikan antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya. Dan tidak ada (bicara rahsia antara) lima orang, melainkan Dialah yang keenamnya. Dan tidak ada yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia pasti ada bersama mereka di mana pun mereka berada.
Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada Hari Qiyamat segala yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah al-Mujadalah ayat 7).
Dalam ayat ini dijelaskan bahawa ALLAH mengetahui dan mendengar bisikan munafiqin dan yahudi.
Al-Imam al-Tabari menukilkan dari al-Dahhak (tabi’i, wafat 102H), “DIA (Allah) di atas arasy, dan ilmuNya bersama mereka.”
(Tafsir al-Tabari; Abu Dawud, Masa’il al-Imam Ahmad, no. 1698)
.
Al-Hafiz Ibn Kathir berkata,

Ramai ulama mengatakan bahawa ulama ijma’ bahawa “Kebersamaan ALLAH bersama makhlukNya di mana saja mereka berada” di sini ialah kebersamaan ilmuNya secara ijma’. Al-Imam Ahmad berkata, “ALLAH memulakan ayat dengan ilmu dan menutupnya dengan ilmu.”
Sesiapa yang mengatakan Allah di bumi maka ia kafir. Sesiapa yang mengatakan Allah bersatu dengan alam atau dengan manusia atau di bumi tanpa bersatu maka dia kafir.



Comments