OLEH: Ustaz Abid Annuriyy.
1. Ikhlas mencari ridha Allah dan kejayaan di akhirat, iaitu untuk membacanya siang malam kerana Allah, mentadabburnya dan mengamalkannya, untuk mendapat pahala besar dari Allah, bukan untuk riya’, ujub, sum’ah atau mendapat pujian dan penghormatan manusia. Atau harta dan jawatan.
2. Berdoa setiap hari agar diberikan niat yang sahih dan hafazan yang kuat
3. Membetulkan sebutan bacaan terlebih dahulu bersama guru-guru yang mutqin, terutama tempat-tempat yang ada persamaan dan agak sukar lafaznya.
4. Menentukan miqdar al-hifz (jumlah ayat atau mukasurat yang ingin dihafaz) kerana kemampuan setiap individu berbeza-beza. Ini penting agar hafazan kekal terpelihara dan mampu sabar serta istiqamah melakukannya
5. Memilih tempat dan waktu yang sesuai untuk menghafaz seperti masjid dan pusat tahfiz. Yang terbaik ialah mengadap qiblat, di ruang kecil dan tertutup. Waktu terbaik menghafaz ialah sebelum subuh sehingga shuruq (terbit matahari) kerana ketika itu otak paling segar. Selepas itu tasmi’ atau tadabbur. Selepas asar hingga selepas isha’ muraja’ah kubra dan sughra
6. Mempunyai jadual hifz (hafazan) dan muraja’ah yang bersistem. Contoh dalam seminggu, 6 hari menghafaz, dan sehari khas untuk muraja’ah. Setelah berjaya menghafaz 5 juz hendaklah berhenti menghafaz dan berehat, lalu menumpukan kepada murja’ah selama seminggu atau 2 minggu
7. Meneguhkan hafazan sedia ada sebelum menambah hafazan
8. Menggunakan rasm yang sama, muka suratnya sama dan kedudukan ayatnya sama
9. Menghafaz mengikut kaitan surat-surah dan ayat-ayat serta tajuk cerita yang sama.
10. Mengetahui makna setiap kalimah dan ayat, merujuk kepada kitab-kitab tafsir untuk mengetahui tafsirannya yang sahih, hukum hakam yang ada di dalamnya, cerita dan berita-berita di dalamnya.
11. Membaca kitab-kitab tafsir untuk mengetahui makna-makna tersembunyi bagi kalimah-kalimah dan ayat-ayat tertentu, asbab nuzul, dan huraian-huraian yang terperinci.
12. Mengenal pasti ayat-ayat yang mutashabihat lafaz-lafaznya (mutashabihat al-alfaz). Contohnya;
لَقَدْ وُعِدْنَا نَحْنُ وَءَابَآؤُنَا هَٰذَا مِن قَبْلُ إِنْ هَٰذَآ إِلَّآ أَسَٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ (المؤمنون - 83)
لَقَدْ وُعِدْنَا هَٰذَا نَحْنُ وَآبَاؤُنَا مِن قَبْلُ إِنْ هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ (68) (النمل- 68)
وَيَوْمَ يُنفَخُ فِى ٱلصُّورِ فَفَزِعَ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ إِلَّا مَن شَآءَ ٱللَّهُ ۚ وَكُلٌّ أَتَوْهُ دَٰخِرِينَ (النمل - 87)
وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ إِلَّا مَن شَآءَ ٱللَّهُ ۖ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَىٰ فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنظُرُونَ (الزمر – 68)
13. Tasmi’ dan tasabuq dengan rakan-rakan, memilih sahabat-sahabat yang sama-sama menghafaz al-Quran kerana ini akan memberi dorongan dan semangat menghafaz, berlumba-lumba dengan mereka agar sentiasa cergas dan bersemangat.
14. Melakukan mu’ahadah al-Qur’an dengan muraja’ah dan muzakarah secara bersistem dengan jadual tersusun. Ini kerana al-Quran sangat cepat hilang dari hafazan sekiranya tiada mu’ahadah.
15. Menghafaz al-Quran ketika masih kecil dengan segera. Waktu kanak-kanak dan remaja paling sesuai untuk menghafaz al-Quran. Yang telah berumur hendaklah meletakkan azam yang kuat, disiplin dan minat yang tinggi
16. Makan makanan yang menguatkan hafazan, menjauhi makanan dan minuman yang melemahkan hafazan
17. Solat di belakang imam hafiz mutqin. Membaca hafazan dalam solat-solat sunat, duha, rawatib, tahjjud dan witr. Membaca al-Quran ketika berjalan dan bermusafir.
18. Memelihara wirid qur’ani secara berterusan. Wird qur’ani terbaik ialah membaca 5 juz atau 3 juz sehari.
19. Setelah menghafaz 30 juz’, melakukan Tahzib al-Qur’an تحزيب القرآن iaitu membaca dan mengkhatamkan al-Quran setiap minggu seperti dalam sunnah
Ustaz Abid Annuriyy
Dar al-Fawzan li Tahfiz al-Quran
Comments
Post a Comment