Tidurnya Orang Berpuasa Adalah Ibadah

 OLEH: Abu Aqif


نَوْمُ الصَّائِمِ عِبَادَةٌ ، وَصُمْتُهُ تَسْبِيْحٌ ، وَدُعَاؤُهُ مُسْتَجَابٌ ، وَعَمَلُهُ مُضَاعَفٌ

"Tidurnya orang yang berpuasa adalah ibadah. Diamnya adalah tasbih. Doanya adalah doa yang mustajab. Pahala amalannya pun akan dilipat gandakan."

Perawi hadis ini adalah Abdullah bin Aufi. Hadis ini dibawakan oleh Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman 3/1437.

Dalam hadis ini terdapat Ma'ruf bin Hasan dan dia adalah *perawi yang dhaif (lemah)*.

Di dalam hadis ini juga terdapat Sulaiman bin 'Amr yang lebih dhaif dari Ma'ruf bin Hasan.

Dalam riwayat lain, perawinya adalah 'Abdullah bin 'Amr.

Hadisnya dibawakan oleh Al 'Iroqi dalam Takhrijul Ihya' (1/310) dengan sanad hadis yang dhaif (lemah).

Syaikh Al Albani dalam Silsilah Adh Dho'ifah no. 4696 menyatakan bahawa hadis ini adalah hadis yang dhaif (lemah)


Terdapat juga riwayat yang lain:

الصائم في عبادة و إن كان راقدا على فراشه

"Orang yang berpuasa itu senantiasa dalam ibadah meskipun sedang tidur di atas ranjangnya."

Hadis ini diriwayatkan oleh Tammam (18/172). Hadis ini juga dhaif, sebagaimana dikatakan oleh Al Albani di Silsilah Adh Dhaifah (653).

Tidur mungkin bernilai ibadah jika diniatkan sebagai jalan untuk bantu beribadah. Contohnya, seseorang tidur kerana khuatir tergoda untuk berbuka sebelum waktunya, atau tidur untuk merehatkan tubuh agar kuat dalam beribadah.

Sebaliknya, tidak setiap tidur orang berpuasa itu bernilai ibadah jika tidur kerana malas, atau tidur kerana kekenyangan setelah sahur atau berbuka. Tentulah ianya tidak bernilai ibadah, bahkan boleh dinilai sebagai tidur yang tercela.


Jadikanlah bulan ramadan sebagai peluang keemasan untuk memperbanyak amal kebaikan, bukan untuk bermalas-malasan.

Kredit:

1. rumaysho.com

2. muslim.or.id

[Gerakan PENA Malaysia]



Comments