Akan Selalu Diuji

 OLEH: Abu Aqif


Baru mendengar khabar sedih dari seorang sahabat sunnah yang sudah lama tidak bertemu. Beliau sedang diuji dengan sakit yang menimpa kepada anak kecilnya.

Kedua-dua matanya terkena kanser, sebelah mata telah dibuang, yang sebelah lagi Alhamdulillah baru disahkan oleh doktor telah sembuh dari kanser.

Faham sangat perasaan parent yang berulak-alik ke hospital apabila anak sakit. Sangat penat, penat fizikal, penat mental, penat perasan, sedih, hiba, perasaan campur baur yang tentulah tak dapat digambarkan dengan tulisan.

Itu belum lagi dicampur dengan masa dan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan semasa rawatan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Semoga Allah mengampun dosa mereka, menyembuhkan sakit anaknya hingga tidak meninggalkan sakit lain, semoga Allah memurahkan rezeki mereka.

Nabi ﷺ bersabda,

مَا يَزَالُ الْبَلاَءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِي جَسَدِهِ وَمَالِهِ وَوَلَدِهِ

حَتَّى يَلْقَى اللهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيْئَةٌ

“CUBAAN AKAN SELALU MENIMPA seorang mukmin dan mukminah, baik pada dirinya, pada anaknya mahupun pada hartanya, sehingga dia bertemu dengan Allah tanpa dosa sedikitpun.” [HR. Ahmad, At-Tirmidzi, dan lainnya, disahihkan Syaikh Al-Albani dalam Sahih Sunan At-Tirmidzi, 2/565 no. 2399].

Kuatkan semangat dan banyakkanlah bersabar. Semoga Allah sentiasa memberikan kesabaran buat mereka yang sedang diuji.

Nabi ﷺ bersabda,

“Tidaklah Allah menganugerahkan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran.” [HR. Bukhari no. 1469 dan Muslim no.2471].



[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments