Hampir 40 Zikir Sebelum Tidur.

OLEH: Ustaz Idris Sulaiman.


- Berpegang kepada as-Sunah
- Jangan buat tokok tambah

Menurut Ibnu al-Qayyim rahimahullah dalam kibanya Tariq al-Hijratain terdapat hampir 40 bacaan zikir dan doa sebelum tidur yang sabit dalam as-Sunah.

Masya-Allah. 

Betapa banyaknya amalan-amalan as-Sunah yang diajarkan oleh Nabi ﷺ. 

Jika sebelum tidur sahaja sudah ada hampir 40 bacaan zikir dan doa maka bagaimana pula dengan bacaan-bacaan zikir dan doa lain yang Nabi ﷺ telah ajarkan? Tentu lagi banyak. 

Berapa banyak yang sudah diamalkan? Sama-sama bermuhasabah. 

Ini peringatan tentang betapa banyaknya amalan-amalan as-Sunah yang barangkali masih belum diamalkan. Atau paling tidak yang belum dilakukan secara konsisten. 

-------------------

Amalan-amalan yang Nabi ﷺ ajarkan sudah cukup banyak. Tidak ada keperluan untuk menokok tambah. 

Malangnya mereka yang membuat tokok-tambah dan mengada-adakan zikir-zikir baharu dalam agama tidak pula mahu menghayati amalan-amalan yang telah diajarkan oleh Nabi ﷺ. 

Dikhuatiri mereka akan termasuk dalam kalangan manusia yang Nabi ﷺ akan berlepas diri dan menghalau mereka dari telaga haudhnya di akhirat nanti sebagaimana dalam sabdanya ﷺ: 

سُحْقًا سُحْقًا لِمَنْ بَدَّلَ بَعْدِي. 

“Menjauh, menjauh buat mereka yang melakukan perubahan selepas pemergianku.” 

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Semoga Allah ﷻ menggolongkan kita dalam kalangan mereka yang istiqamah di atas as-Sunah dan diizinkan minum dari telaga haudh Nabi ﷺ di akhirat nanti. 


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments