Status Hadith: Doa Sapu Muka Selepas Solat

 OLEH: Dr. Idris Sulaiman


Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik r.a. berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌إِذَا ‌قَضَى ‌صَلَاتَهُ ‌مَسَحَ ‌جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى، ثُمَّ يَقُولُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ.

“Adalah Rasulullah ﷺ apabila selesai solatnya baginda menyapu dahinya dengan tangan kanannya kemudian berkata: Aku bersaksi bahawa tiada sembahan kecuali Allah al-Rahman al-Rahim. Ya Allah, hilangkan daripada diriku rasa keluh kesah dan dukacita.”

Hadis di atas dinilai sangat lemah.




Ia diriwayatkan oleh Ibnu al-Sunni dalam al-Yaum Wa al-Lailah (no. 110) dan Ibnu Sam’un dalam al-Amali (ق 2/176) daripada Sallam al-Mada’ini, daripada Zaid al-Ammi, daripada Muawiyah, daripada Qurrah, daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Beliau kemudian meriwayatkannya secara marfu’.

Sanad di atas dinilai mauduk (palsu) dengan adanya Sallam al-Madaini al-Tawil yang merupakan seorang pembohong (kazzab).

Manakala Zaid al-Ammi merupakan seorang perawi lemah yang turut meriwayatkannya dari jalan lain, daripada Jubarah, katanya: Telah berkata kepada kami Anas secara marfu’ yang dikeluarkan oleh Ibnu Adi dalam al-Kamil (ق 1/275) dari jalan Kathir bin Salim yang juga merupakan seorang perawi yang lemah.

Demikian halnya dengan Jubarah bin al-Mughallas yang barangkali lebih lemah kerana telah dituduh berdusta.

Justeru hadisnya sangat lemah.

[Silsilah al-Daifah, no. 1058]




KESIMPULAN

Tiada hadis sahih yang menunjukkan bahawa Nabi ﷺ menyampu mukanya selepas solat atau doa. Oleh itu afdalnya jangan.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments