Peristiwa 7 Oktober, Palestin

 OLEH: Dr Idris Sulaiman

Ramai yang marah jika dipertikaikan apa yang dilakukan oleh Hámás di Palestin baru-baru ini sehingga menuduh orangnya pengkhianat, agen Yahudi, tali barut Amerika, Khawarij, Madkhali dan sebagainya.

Syeikh Ibrahim bin Salih al-Muhaimid dalam kenyataannya baru-baru ini menegaskan bahawa “Barang siapa menganggap apa yang berlaku di Palestin pada hari ini ialah kejayaan bagi umat Islam maka dia perlu menilai semula kedudukan akalnya kerana jelasnya ia bermasalah.”

https://youtu.be/uPFUKgYtcP8?si=EEpKdxkNlyak5HW4

Ini kerana kata beliau, rentetan serangan Hámás atas rejim Yahµdi Ziφnis laknatullah pada 7 Oktober yang lalu telah mengakibatkan 15 ribu orang Islam di Palestin terbunuh, dua pertiga daripadanya ialah wanita dan kanak-kanak yang mati dalam runtuhan manakala separuh dari bandar Gaza telah dimusnahkan dalam serangan balas rejim Ziφnis itu, ditambah dengan 7000 orang rakyat Palestin ditawan.

“Hampir sahaja apa yang berlaku di Palestin pada hari ini menyamai apa yang telah berlaku di Libya, Mesir dan Tunisia dalam peristiwa ‘Arab Spring’ tidak berapa lama dahulu” kata Syeikh Ibrahim.

Ramai waktu itu gembira dengan revolusi yang dilakukan di negara-negara tersebut, kononnya ia akan membawa perubahan ke arah yang lebih baik sedangkan realiti kesudahannya ialah sebaliknya. Ramai yang mati terkorban dan banyak berlaku kemusnahan, tegas beliau.

Seorang jurucakap Hámás baru-baru ini menegaskan bahawa perjuangan pergerakannya akan tetap diteruskan dengan menggunakan terowong-terowong bawah tanah sedia ada. Kemudian apabila ditanya mengenai keselamatan rakyat Palestin yang terancam dengan serangan balas rejim Yahµdi Ziφnis, jurucakap itu menegaskan bahawa keselamatan orang-orang awam Palestin terletak di bawah tanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

https://www.youtube.com/watch?v=Yg4VqiW0dyo

Syeikh Ibrahim menempelak jawapan yang diberikan oleh jurucakap itu kerana jelasnya ia menunjukkan sikap tidak peduli Hámás akan keselamatan nyawa rakyat Palestin.


CATATAN:

Syeikh Ibrahim bin Salih al-Muhaimid ialah murid kepada Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad, ulama besar Madinah, hafizahumallah.

Semoga Allah melindungi kaum Muslimin Palestin dan kita semua.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments