Tanda Riyak

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Rasa semangat untuk beramal ibadah kerana ada manusia yang melihat sedangkan jika tiada yang melihat nescaya dia tidak akan beramal.

Riak disebut sebagai ‘syirik yang tersembunyi’.

Sabda Nabi ﷺ:

ألَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنَ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ؟ الشِّرْكُ ‌الْخَفِيُّ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ فَيُصَلِّيَ فَيَزِيدَ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رجلٍ.

“Mahukah kalian aku khabarkan apa yang paling aku khuatirkan terhadap kalian lebih daripada al-Masih al-Dajal? ‘Syirik yang tersembunyi’ iaitu seseorang itu berdiri solat lalu dia menambahkan bilangan solatnya kerana ada orang lain yang melihatnya.”

[Hasan. Riwayat Ibnu Majah]

Riak merosakkan amal ibadah manakala orangnya diancam dengan azab.

Justeru mereka yang diuji dengan riyak diingatkan supaya takut kepada Allah, ingat bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang berlegar dalam hati dan bahawasanya azab pedih menanti golongan yang riyak.


CATATAN

Bahana swafoto (selfie) sewaktu beramal beribadah.

Daripada Allah jua kita memohon taufik.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI




Comments