Drama 'Bidah'


OLEH : Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi

Tentang drama Bidaah, drama ini tidak sepatutnya wujud. Dan kerana terlanjur wujud, maka tempatnya bukan di layar skrin, tetapi dalam tong sampah. Niat untuk menyampaikan mesej yang baik tidak menghalalkan cara yang salah. Drama itu sendiri mungkar di sisi syarak (melainkan mengikut pendapat yang syaz, yang difatwakan oleh sebilangan ulama moden). Ini bukan kali pertama Erma Fatima "cari pasal" dengan orang agama. Dulu, ketika kami berkuliah di Jordan, dia membikin drama Tahajjud Cinta yang mencemarkan imej penuntut ilmu agama, (dan saya tampil membantahnya dalam blog).

Drama Bidaah ini – mengikut cuplikan yang tersebar di medsos (dan semalam ada ikhwah yang menanyakan – sengaja dibuat begitu dengan tujuan menyindir pengikut ajaran sesat, lalu perbuatan dan kata-kata mereka yang pada anggapannya “sesat” itu diajuk-ajuk. Tapi, bukankah umat Islam dilarang melakukan perkara kufur, bidaah, dan mungkar walaupun sekadar lakonan? Perkara sesederhana ini pun gagal dicerna oleh benak Erma Fatima. Cuba kalian nilai, apakah orang seperti ini layak bercakap soal agama dan “berdakwah” melalui drama (kononnya)? Saya rasa tidak.
Salafī tidak perlu beria-ria menyokong dan mempertahankan drama ini. Ya, mereka pernah mengolok-olok Salafī melalui drama senget mereka, Sengketa. Tapi, anggaplah mereka sekadar menzahirkan tahap mereka. Kita berada di tahap lain. Berdrama memang kepakaran mereka sedari dulu, kita tidak. Jika mahu sangat memotretkan kerancuan ahli bidaah, guna cara lain. Menulis cerpen dan novel – seperti yang dilakukan oleh ustaz kita, Ustaz Fashan – adalah pilihan yang lebih selamat, intelek, dan kreatif.
Adapun drama, kalaulah mashāyikh Salafī tahu, saya beri jaminan bahawa mereka pasti membantah, bahkan akan mentahdhīr mereka yang memproduksi dan mendukungnya.

Comments