Ibrah Nabi Ibrahim : Jenis-jenis Persendaaan Agama Lain



OLEH : Taufiq Tuah

Sebenarnya, larangan mempersendakan agama lain ni ada dlm Al-Quran. Boleh check QS Al-An'am: 108,
“Dan janganlah kamu memaki dan mencela sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah melampau-lampau pula tanpa ilmu.”
Tapi apa maksud persenda tu? Seperti mengejek tak tentu pasal. Memang sengaja provokatif. Sengaja cari gaduh dll.
Tapi ada keadaan, menyinggung sembahan org lain itu ialah kaedah dlm dakwah dan dibenarkan. Kerana niat bukan utk persendakan tapi kerana menegakkan bukti!

IBRAHIM DAN BERHALA
Contoh sirah saya nak bawa ialah ketika Nabi Ibrahim yg masuk ke kuil paling utama org kafir ketika itu dan menghancurkan semua berhala di dalamnya kecuali yg paling besar. Rupa yg besar itu seperti raja mereka Raja Namrud.
Yang paling besar tu ialah yang paling dihormati. Tapi Nabi Ibrahim gantungkan kapaknya yg digunakan utk pecahkan berhala² tadi ke tengkuk patung terbesar tu.
Sampai heboh kisah, semua bertanya "siapa yang pecahkan semua patung² sembahan ni?" Jadi semuanya menuduh Nabi Ibrahim kerana mmg Nabi Ibrahim yang paling kuat mengkritik berhala mereka. Lalu terpacul lah dialog sinis yg mahsyur dari Nabi Ibrahim,
"Sebenarnya berhala yang paling besar itu yang melakukannya! Maka tanyakanlah kepada mereka jika mereka dapat berbicara."
Kata² Nabi Ibrahim menusuk logik org² kafir. Diorang sedar je berhala² itu tak boleh bercakap dn xboleh buat apa-apa. Tapi mereka degil dn ttp menyembah berhala.
Disebabkn itu Nabi Ibrahim dihukum utk dibakar dalam api yg besar. Besar yg sgt besar. Segala kayu api dikumpulkan dn kos membuat api itu sangat tinggi. Raja Namrud sengaja buat mcm tu supaya semua org boleh tgk hukuman kpd yg tak taat perintah dia.
Sampaikan org kafir kena guna alat pelontar utk letak Nabi Ibrahim dalam api tu. Lalu ditinggalkan dlm api selama beberapa hari. Kemudian api itu menjadi dingin dan tidak memudharatkn sedikitpn Nabi Ibrahim Alaihissalam.
Lpas kejadian itu, ada segelintir org yg akhirnya beriman tp kebanyakannya tidak. Antara yg beriman selepas kejadian itu ialah Sarah dan Luth yg mana kemudian Luth juga diangkat sebagai nabi.
Jelas, perbuatan Nabi Ibrahim persendakan agama kafir ialah kerana membuktikan yg patung² mereka tak boleh buat apa². Sedangkan mereka yg kafir pd waktu itu menganggap patung ialah 'perantara tuhan'.
Sama dgn ketika Fathul Mekah, Nabi Muhammad pulang ke Mekah dan menghancurkan semua berhala. Bukannya mengasingkan secara baik letak dlm bubble wrap ke kemudian tanam. Tak! Tapi dihancurkan terus.
Kerana hikmahnya ialah memberi tahu para kafir Quraisy ketika itu, tuhan² mereka tak boleh pertahankan diri sendiri. Lalu bagaimana patung² ini yg membantu kalian?
Disclaimer: Saya tak suruh pembaca pergi rumah ibadat lain dan hancurkan apa di dalamnya. Kaedah dakwah jg perlu hikmah dan situasi di Msia hari ini, cara itu tak berhikmah dan tak sesuai.

ISU DZN
Saya kemudian rasa nak juga sebut ttg Dr Zakir Naik (DZN) yg sering dituduh mengutuk agama lain. Sedangkn DZN hny menjelaskan kebenaran dlm kitab agama suci mereka sendiri. Ini bukan persenda pun.
DZN akan berikan rujukan dn mereka boleh check balik. Sebaliknya ketika mereka yg kafir menuduh Al-Quran ada penyimpangan, mereka sikitpn xboleh bg rujukan kpd DZN. Malah ketika ada yg memberi, DZN jelaskan dn ramai pula yg masuk Islam. Itu pn ketika dialog, kami tk anggap org itu persenda kerana dia ingin tahu.
Ini bukti bahawa kebenaran itu perlu dijelaskan. Tapi isu² ini dipolitikkan oleh org yg tak bertanggungjawab. Menuduh DZN ekstrimis. Nasihat saya, ambil peluang masa DZN buat talk terbuka tu, have a dialog with him.
Mestila dalam dialog akan jadi perdebatan dan lawan ckp. Debat jenis apa yg tak lawan ckp? Tapi jika tidak didialogkan, bagaimana utk kita bandingkan dan nmpkkan kebenaran?

ISU 3 ORANG KUTUK HINDU BARU² INI
Saya tak setuju perbuatan mereka persendakan agama hindu seperti itu. Dan salah seorang Muslim tu pun tak patut menyerupai agama Hindu dgn sebut "wel wel wel" mcm tu. Itu ibadah agama lain, kamu tak patut sebut.
Saya puji perbuatan meminta maaf secara terbuka. Tapi saya tak setuju sampai kena pergi Batu Cave lah apa. Takde manfaat. Akhirnya lg teruk sbb jwpn di sana mereka tak ampunkan pun. Ampun tak dpt, lepas tu terpaksa tadah muka pula di kuil mereka.
Benar, kerana mulut badan binasa. Kerana mulut yg sebut "wel wel wel" tu je, kes ni jd panjang dan dipolitikkan lagi. Sepatutnya selesaikan saja di Bukit Aman. Saya percaya setiap kaum umumnya menghormati perundangan.

KESIMPULAN
Persenda agama lain ni ada dua,

1. Ketika Dialog Rentas Agama.
Masa ni pastilah akan ada berdebatan dan lawan kata yg panjang. Kes Nabi Ibrahim & Nabi Muhammad itu termasuk dalam jenis ini. Mereka benar² berdialog dan sepatutnya yang join dialog ini bersikap profesional. Malangnya pd zmn itu, org kafir bersikap tak matang. Pastilah setiap bantahan akan dianggap 'persenda' tapi atas profesionalism, ia pttnya dianggap dialog.
2. Ketika Cari Gaduh
Yang ni dilarang sama sekali. Cari gaduh ke provokasi ke cari pasal ke. Ini semua dilarang dalam Islam berdalilkan ayat saya jelaskan di awal penulisan tadi.
Wallahualam

Taufiq Tuah
06.04.25 | 05.09.46
Value, Waghih

Comments