Keluarga Susu Rasulullah ﷺ


OLEH : Taufiq Tuah

Mungkin persoalannya kenapa nabi dihantar ke ibu susuan? Bila fikir balik, ibu nabi meninggal dunia ketika umur nabi 6 tahun. Mksdnya sempat je kalau nak susukan Nabi ﷺ . Tapi knp hanya disusukan pd awal kelahiran lps tu berganti kpd org lain?
Jawapannya ialah kerana Nabi ﷺ lahir dari keluarga bangsawan. Ketika itu tradisi bg keluarga bangsawan Quraisy menghantarkn anak susuan kpd ibu susuan lain kerana dianggap satu kemuliaan. Selain itu, dpt jg melatih bahasa Arab yg fasih dan fizikal yg baik jika dibesarkan di kampung.
Jadi ibu susuan pertama nabi ialah,
Thuwaibah Al-Aslamiyyah. Thuwaibah ialah hamba kpd pakcik nabi iaitu Abu Lahab. Daripada Thuwaibah ini lah yg telah menghubungakn hubungan susuan nabi dengan Hamzah bin Abd Muthalib (pakcik nabi) dan Abu Salamah bin Abdul Asad (saudara nabi).
Hamzah ialah adik beradik kepada bapa nabi. Abu Salamah pula ada ibu bernama Barrah bt Abd Muthallib yg mana Barrah ialah adik beradik bapa Nabi ﷺ juga.
Maka dari Thuwaibah ini tersambungnya hubungan Rasulullah, Hamzah dan Abu Salamah. Tapi Thuwaibah hanya menyusui nabi beberapa hari ke beberapa bulan sahaja.
Selepas itu Nabi ﷺ disusui oleh Halimah As-Sa’diyah. Suaminya ialah Al-Harith bin Abd Uzza. Pasangan ini drpd Bani Sa'd bin Bakr yg mana bani ini sgt dikenali dgn sifat bertanggungjawab dn fasih dlm Bahasa Arab. Disebabkan Bani Sa'd bin Bakr ini termasuk dalam Bani Hawazin, maka darah perang itu mmg ada di dlm diri mereka.
Dari Halimah, terjalinnya hubungan susuan nabi dgn anak² kandung Halimah sendiri iaitu Abdullah bin Harith, Anisah binti Harith, dan Syaima’ binti Harith.
Wallahualam
Taufiq Tuah
11.03.25 | 10.09.46
Value, Waghih

Comments