OLEH : Dr Idris Sulaiman
Syariat Islam melarang perbuatan berdiri hormat untuk orang lain. Muslim ditegah daripada meminta orang lain supaya berdiri hormat, sama ada untuk dirinya atau orang lain. Malah terdapat ancaman keras ke atas mereka yang suka jika orang lain berdiri hormat untuk dirinya.
Sabda Nabi ﷺ:
مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَتَمَثَّلَ لَهُ النَّاسُ قِيَامًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار.
"Sesiapa yang suka orang lain berdiri untuknya maka hendaklah dia bersiap sedia untuk mengambil tempatnya di dalam api neraka."
[Sahih, Riwayat Abu Daud, no. 5229]
Justeru para Sahabat walaupun mereka sangat hormat dan sayang kepada Rasulullah ﷺ tetapi apabila baginda ﷺ masuk ke dalam majlis, mereka akan tetap duduk di tempat masing-masing, mereka tidak akan berdiri hormat untuk baginda ﷺ.
Anas berkata:
لَمْ يَكُنْ شَخْصٌ أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ، وَكَانُوا إِذَا رَأَوْهُ لَمْ يَقُومُوا لِمَا يَعْلَمُونَ مِنْ كَرَاهِيَتِهِ لِذَلِكَ.
"Tiada seorang pun yang lebih mereka cintai daripada Rasulullah ﷺ. Namun, apabila mereka melihat baginda, mereka tidak berdiri untuk baginda kerana mereka tahu baginda tidak menyukai perbuatan itu."
[Sahih. Riwayat Tirmizi, no. 2754]
Daripada Allah jua kita memohon taufik.
Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Zulkaedah 1446H
26 Mei 2025
Comments
Post a Comment