OLEH : Taufia Tuah
Di zaman Nabi ﷺ, ada seorang lelaki. Namanya harum kerana kegagahan dan keberanian. Begitu lah orang² memandangnya ketika itu. Malah, lelaki ini juga menyertai Perang Khaibar.
Ketika Perang Khaibar, orang² semua cakap², "tiada siapa yang berjuang sehebat dia hari ini" dan ada lah pujian² lainnya. Tapi sayang... Rasulullah ﷺ mengatakan lelaki itu ke neraka. Sebagaimana hadith,
"Sesungguhnya seorang lelaki berperang bersama Rasulullah, dan dia berperang dengan sangat hebat (gagah)... namun Rasulullah ﷺ bersabda: 'Dia adalah ahli neraka.'
Lalu seorang lelaki mengikuti dia (untuk lihat keadaannya), dan mendapati lelaki itu cedera parah, tidak tahan sakit, lalu meletakkan hujung pedang di dadanya dan membunuh dirinya.
Orang yang melihat itu pun datang kepada Nabi dan berkata: 'Benar kata tuan, dia telah membunuh dirinya sendiri.' [Muttafaqunalaih]
Begitulah kisahnya seorang lelaki yg mati di medan perang tapi masuk neraka. Jelas, luaran dan zahir shj tak menjamin apa² kerana apa yg penting ialah niat dan penghujungnya. Juga bunuh diri walaupun ketika berjihad ialah dilarang.
Wallahualam
Taufiq Tuah
28.05.25 | 30.11.46
Sepang, SLG
Comments
Post a Comment