UBAN RASULULLAH

 



Rasulullah ada berapa helai uban.

Ibnu Hajar berkata, "....dari Ibnu Umar bahawa dia berkata: Uban Rasulullah ada sekitar 20 helai, di bahagian depan baginda.."

Riwayat lain sebut, Di bahagian bawah bibir baginda terdapat 10 helai rambut putih'." [Fathul Bari (6/697)].

Dari sanad yang sahih dari Tsabit, dari Anas, bahawa dia berkata: "Tidak terdapat di kepala dan janggut Nabi selain 17 atau 18 helai rambut putih".

Dari Anas bin Malik pula sebut, “Tidaklah saya hitung di kepala Rasulullah. dan janggutnya kecuali hanya 14 uban saja.”

Banyak lagi riwayat tapi yang jelas, bilangan uban Rasulullah ialah bilangan yang boleh dikira. Maknanya bilangan uban yang sedikit.

Bukankah uban akan bercahaya di akhirat sebab tu larang dicabut? Jadi apa hikmah uban Rasulullah hanya sedikit?

1. Rasulullah tak cabut uban. Tapi uban yang muncul itu memang sedikit. Ini sebagaimana Anas bin Malik pernah ditanya tentang adakah Rasulullah mewarnakan uban? Anas menjawab, "Sesungguhnya baginda belum pernah melihat uban melainkan sedikit".

2. Nabi itu jelas kedudukannya tertinggi. Ada uban atau tiada uban, baginda memang sebaik-baik manusia.

3. Menunjukkan bahawa penuaan rambut nabi itu tak sama dengan orang lain. Pada umur yang tua, rambut nabi masih sihat dan kurang luntur warnanya.

4. Menolak penilaian orang yang kononnya menilai kemuliaan dari betapa putihnya uban dan berapa banyaknya uban. Uban tak jadikan sesiapa lebih mulia atau alim.

Wallahualam
Taufiq Tuah
23.04.26 | 28.10.47


Comments