Terbitan

 

TERBITAN GERAKAN PENA MALAYSIA



Tajuk: Membongkar Ramalan Bible 
Penulis: Sheikh Ahmad Deedat
Penterjemah: Taufiq Tuah (Dwi-Bahasa Melayu / Inggeris)
Penerbit: Gerakan PENA Malaysia
Tahun: 2020
Muka Surat: 83
Berat: 0.114 Kg
ISBN: 9789671777305

Sinopsis: Membongkar Ramalan Bible merupakan terjemahan dari Buku Sheikh Ahmad Deedat ( What The Bible Says About Muhammad).

Disebabkan Bahasa Inggeris yang digunakan dalam buku ini amat kompleks maka inisiatif menterjemahkan buku ini ke dalam Bahasa Melayu dilakukan dan dikekalkan Bahasa inggerisnya agar dapat dinikmati juga oleh orang yang mahir Bahasa Inggeris 

Podcast Perbincangan:

Dapatkan manfaat buku ini:  KLIK DI SINI!





Tajuk: Pembatal Keislaman [Nawaqidul Islam] 
Penulis: Sheikh Muhammad Abd Wahab At-Tamimi
Penterjemah:  Aizat 'Izzudin Bin Lukmanulhakim
Penerbit: Gerakan PENA Malaysia
Tahun: 2020
Muka Surat: 12
Berat: 0.005 Kg
ISBN: 9789671777312

Sinopsis: Buku kecil ini sungguh istimewa sekali, kerana pengarang buku ini telah mendedikasikan seluruh hidupnya untuk mengembalikan kaum Muslimin kepada ajaran tawḥīd yang sebenar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan umat ini daripada melakukan perkara syirik dan bid’ah. Atas usaha inilah, beliau sering mendapat tohmahan dan kejian, sejak dari zaman beliau sehinggalah ke zaman kini.

    Atas kesedaran bahawa ilmu perlu dituntut dan dicari, maka penterjemah terdorong untuk menambah satu lagi karya yang bernilai dalam khazanah persuratan Bahasa Melayu. Dalam menterjemahkan buku ini, penterjemah bergantung kepad edisi yang terkandung di dalam buku Mutūn Ṭālib al-‘Ilm al-Mustawā al-Awwal yang ditaḥqīq dan dihimpunkan oleh Shaykh Dr. ‘Abd al-Muḥsin bin Muḥammad al-Qāsim. Lalu, terhasillah terjemahan yang ada di hadapan anda sekarang ini.

    Semoga buku ini memberi manfaat kepada pembacanya, dan kepada umat Islam keseluruhannya.

Dapatkan manfaat buku ini:  KLIK DI SINI!





Tajuk: Himpunan Risalah Aqidah
Penulis: Shayk Muhammad Abd Al-Wahab At-Tamimi
Penterjemah:  Aizat 'Izzudin Bin Lukmanulhakim
Penerbit: Gerakan PENA Malaysia
Tahun: 2021
Muka Surat: 200
Berat: 0.31 Kg
ISBN: 9789671777312

Sinopsis: Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya Fiqh al-Awlawiyyat memuji Shayk Muhammad bin Abdul Wahab katanya: "Bagi al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab di Jazirah Arab perkara aqidah adalah menjadi keutamaanya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (hlm. 263, ctk. Maktabah Wahbah Mesir).

Dr Wahbah Al-Zuhaily berkata: Sesuatu yang tidak syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksud) "Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya". (surah Hud:85) bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah yang terbesar untuk islah (pembaikan) membina umat, jihad dan mengembalikan individu Muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab pada kurun ke 12 hijrah. Tujuannya adalah untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan pelbagai khilaf, kekeliruan, bid'ah dan penyelewengan, Maka Muhammad bin Abdul Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikan (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan aqidah yang bersih." (risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani 'Asyar, hlm 57-58).

Pandangan Syeikh Muhammad Qutb di dalam kitabnya "Halummu nakhruj min al-zhulumat": " Sesungguhnya kebangkitan yang benar lagi sejati itu tidak dapat dimasuki oleh unsur-unsur kristianisasi, maka sesungguhnya gerakan Syeikh Muhammad bin Abd Wahab ialah satu berita gembira yang hakiki kepada kebangkitan Ummah ini daripada kelalaiannya... Sesungguhnya gerakan yang telah dipelopori oleh Syeikh Muhammad bin Abd Wahab bagi menjernihkan kembali aqidah adalah satu gerakan yang hakiki dalam menggerakkan kebangkitan dunia Islam.."


Dapatkan manfaat buku ini: KLIK DI SINI!




Tajuk: Bani Saud : Kontroversi Yang Tidak Terpadam
Penulis: Taufiq Tuah
Penerbit: Gerakan PENA Malaysia dan Legasi Pemikir - LEKIR
Tahun: 2023
Muka Surat: 164
Berat: 0.2 Kg
ISBN: 9789671777336

Arab Sudi ialah nama yang sangat kontroversi pada abad ini. mereka tidak dapat lari dari pelbagai kes dan skandal terutamanya dalam hal agama dan politik. Di sana ada yang menyokong mereka dan di sana ada yang membenci. Maka di sini kita rungkaikan kontroversi utama negara yang menjaga 2 tanah suci ini.

Dapatkan manfaat buku ini : KLIK DI SINI !






Comments