Kempen Kenali Pendakwah Kita #kenalipendakwahkita


Kempen ini ialah anjuran Gerakan PENA Malaysia dan berharap agar sahabat-sahabat sama ada dari kumpulan dakwah atau individu perseorangan dapat bersama-sama dalam penyebaran kempen ini.

MISI:
Memperkenalkan kepada masyarakat nama-nama pendakwah sama ada ulama, asatizah mahupun daei atau akaun biasa yang membawakan ajakan dakwah yang benar sesuai Al-Quran dan As-Sunnah dan membawakan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana pemahaman salafussoleh.

Hal ini berikutan ramainya ikon 'pendakwah' yang muncul namun pembawaannya tidak pun sesuai sunnah. Ada yang sebenarnya berfahaman Syiah, ada juga yang Ahbash malah ada juga yang Liberal namun orang menyangka mereka ialah Ahli Sunnah.

Maka kempen ini ingin menjelaskan dan memisahkan di antara haq dan batil.

VISI:
Menambahkan kepekaan masyarakat tentang pentingnya memilih guru. Juga menambahkan kesedaran masyarakat untuk tidak menerima bulat-bulat segala apa yang didengar atau dibaca tanpa disemak kebenarannya terlebih dahulu. Sekaligus menambahkan sifat kritis di dalam masyarakat.

Dengan ini kami melancarkan hashtag #kenalipendakwahkita di semua platform media sosial.

Follow media sosial kami untuk mendapatkan input kempen dari masa ke semasa.

Semoga usaha ini termasuk di dalam amal-amal soleh kita semua insyaallah.

*Setiap biodata pendakwah Malaysia dibuat ialah dengan keizinan pemilik biodata.



USTAZ DR IDRIS BIN SULAIMAN (ABU OMAR) [DIS]

• Sarjana Muda A. Hons Shari’ah (Jurisprudence), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi
• Ijazah Sarjana dalam Dakwah, Universiti Kebangsaan Malaysia
• Melengkapkan Doktor Falsafah (PhD) dalam Fiqah, Universiti Kebangsaan Malaysia


Ceramah Di Youtube
dll.

#kenalipendakwahkita



USTAZ ABID MUHAMMAD NUR SHAKUR ANNURIYY (ABU AZZAM)

Latar Pendidikan
-Sarjana Muda Syariah, Universiti Malaya
-Diploma Perguruan (Bahasa Arab dan Pengajian Al-Qur'an) Maktab Perguruan Ipoh, Perak, KPM.
-Sarjana Syariah (Master of Shariah), Universiti al-Yarmouk Jordan
-Tauliah Mengajar Agama MAIPK (Tauliah Sultan Nazrin Shah)

Latar Kerjaya
-Pensyarah Kolej Sistematik KL
-Pengajar Bahagian Syariah Universiti Malaya
-Pensyarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar Perak
-Pensyarah OUM
-Pengetua pusat Pengajian Tahfiz Dar al-Fawzān


Ceramah Di Youtube
dll.

#kenalipendakwahkita



USTAZ RASUL BIN DAHRI (ABU FAROUQ) [URD]

LATAR PENDIDIKAN
- Madrasah al-Juned al-Islamiyyah, Singapura.
- Madrasah al-Masyhur al-Islamiyyah, P.Pinang.
- Ma'had Al-Haram, Mekah, Arab Saudi.
- Universiti King Abdul Aziz (Bidang Bahasa Arab), Arab Saudi.
- Universiti Ummul Qura (Bidang Syariah, Dakwah & Usuluddin), Arab Saudi.
- Dianugerahkan pingat Darjah Kebesaran Seri Sirajuddin Perlis (2005).

SEMPAT BERGURU DENGAN
- asy-Sheikh al-Muhaddis Abu Abdirrahman hafizahullah
- asy-Sheikh Mukbil bin Hadi al-Wa'di hafizahullah.
- asy-Sheikh Rabi' bin Hadi al-Madkhali hafizahullah.
- asy-Sheikh Abdul Aziz bin Baz hafizahullah.
- asy-Sheikh Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah.
- asy-Sheikh Alwi al-Maliki hafizahullah.
- Sheikh Ahmad al-Mandili hafizahullah.
dll.

Ceramah Di Youtube



USTAZ AHMAD FAZRIN BIN YAHAYA (ABU MUHAMMAD ALFAZRINY)

- Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Pulai Chondong
- BA hons Quran & Sunnah Studies, UIAM
- Bekas Pensyarah di International Islamic College (IIC)
- Pernah berkhidmat di Al-Madinah International University (MEDIU)
- Setiausaha Agung Pertubuhan Ilmuwan Malaysia (iLMU)
- Pegawai Penyelidik di Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi
- Penasihat (Advisor) TheNoor

Twitter: @FazrinYahaya

Ceramah Di Youtube

------ AKAN 'UPDATE' DARI MASA KE SEMASA ------




Comments