Jemputan Ke Majlis Jalinan Silaturrahim Eidul Fitri Mustasyar Islami (Rumah Terbuka) Kedutaan Arab Saudi


Kuala Lumpur, 28 Syawal 1440H (2 Julai 2019) - Pejabat Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Jalinan Silaturrahmi Eidul Fitri (Rumah Terbuka) di pejabat mereka, di sini.

Majlis yang julung-julung kali diadakan bagi meraikan para tetamu jemputan dari NGO-NGO Islam, pengamal media dan tetamu VIP sempena hari terakhir rumah terbuka di bulan Syawal. Gerakan PENA Malaysia adalah antara NGO yang dijemput bagi memeriahkan majlis ini.

Majlis telah dimeriahkan juga dengan kehadiran Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, TYT Mahmoud Hussin Qattan pada jam 12:30 tengah hari yang disambut mesra TYT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, Syeikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Robaian.

Turut menyambut kedatangan para tetamu adalah Pegawai Penyelidik di Pejabat Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi, Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya, Ketua Pengarah Pusat Perunding Haji Furada (PPHF), Ustaz Ahmad Tajuddin Idris dan Pengarah Strategik Pusat Perunding Haji Furada (PPHF), Ustaz Khoirul Anam Mohamed Sarif.

Majlis Jalinan Silaturrahmi Eidul Fitri dianjurkan pada tahun ini bagi mengeratkan hubungan di antara Pejabat Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi dengan para tetamu jemputan yang hadir.

Insya Allah, majlis seperti ini akan menjadi program tahunan Pejabat Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi pada tahun-tahun yang akan datang.

TYT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, Syeikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Robaian menyambut mesra Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, TYT Mahmoud Hussin Qattan di Majlis Jalinan Silaturrahmi Eidul Fitri Mustasyar Islami Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur

Ketua Pengarah Pusat Perunding Haji Furada, Ustaz Ahmad Tajuddin Idris menyambut mesra Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, TYT Mahmoud Hussin Qattan


Pegawai Penyelidik di Pejabat Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi, Ustaz Ahmad Fazrin Bin Yahaya turut menyambut mesra kehadiran Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia









TYT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Malaysia bersama Ketua Pengarah PPHF & Fiddhi Al-Barrak, Pengurus Pejabat Duta Besar Arab Saudi

Dr. Abdullah Yasin, Ahli Majlis Syura Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA) bersama Ketua Pengarah PPHF

YB Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas bersama Ustaz Ahmad Tajuddin Idris, Ketua Pengarah PPHF

YB Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas diapit oleh Ustaz Ahmad Tajuddin Idris, Ketua Pengarah PPHF & Ustaz Khoirul Anam Mohamed Sarif, Pengarah Strategik PPHF


Prof. Dato' Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Mantan Dekan Pengajian Islam UM bermesra dengan penganjur bersama


Prof. Dato' Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Mantan Dekan Pengajian Islam UM diapit oleh Ustaz Ahmad Tajuddin Idris, Ketua Pengarah PPHF & Ustaz Khoirul Anam Mohamed Sarif, Pengarah Strategik PPHF

Bersama rakan media dari BERNAMA

Dr. Abdul Rahman Abdul Rahim, graduan PhD Hadith dari Universiti Islam Madinah bergambar bersama Ketua Pengarah PPHF

Prof. Madya Dr. Ahamad Asmadi Sakat, Pensyarah Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM bergambar bersama Ketua Pengarah PPHF

Dr. Fadlan Mohd Othman, pensyarah UKM bergambar bersama Prof. Madya Dr. Ahamad Asmadi Sakat & Ustaz Ahmad Tajuddin Idris


Dato' Paduka Nur Azmi Ahmad bersama Ketua Pengarah PPHF

Prof. Dato' Seri Ir Dr. Zaini Ujang, Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) diapit oleh Ketua Pengarah PPHF & Pengarah Strategik PPHF

TYT Mahmoud Hussin Qattan, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia diiringi oleh TYT Syeikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Robaian & Ketua Pengarah PPHF sebelum pulang


























Comments