Pengumuman: Penukaran Nama Legasi Pemikir (LEKIR)

 2 Rabiul Akhir 1442H, 18 November 2020 Salah satu cabang di dalam Gerakan PENA Malaysia yang bernama Revolusi Melayu Baru (RMB) telah diubah namanya kepada Legasi Pemikir (LEKIR). Hal ini sekaligus bakal memberikan nafas baharu untuk pergerakan ini. LEKIR bertindak sebagai laman pendidikan yang menfokuskan isu-isu am. Sebelum ini, beberapa topik pernah dibincangkan seperti bahasa, sejarah, perubatan, sains dan geopolitik. Insyaallah 'genre' penulisan di dalam laman LEKIR akan bertambah dari masa ke semasa.

Link blogger: http://legasipemikir.blogspot.com/

Laman Facebook: https://www.facebook.com/legasipemikir

Laman Twitter: https://www.twitter.com/legasipemikir

Laman Instagram: https://www.instagram.com/legasipemikir/


PENGUMUMAN: PENUKARAN NAMA LEGASI PEMIKIR (LEKIR)


Assalamualaikum wbt

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِينُهُ, وَنَسْتَغْفِرُهُ, وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا, وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا.

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

أَمَّا بَعْدُ:

Dimaklumkan kepada semua pembaca Revolusi Melayu Baru (RMB), mulai hari ini nama RMB tidak akan digunakan lagi untuk halaman ini sebaliknya kami akan dikenali dengan nama Legasi Pemikir (LEKIR). Semoga dengan penukaran nama ini diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan persaudaraan sesama kita dan meruntuhkan tembok yang memisahkan kita selama ini.

"Seribu parut ku pernah luka,

daku siagakan keris di gangang,

sambut salamku tanda pembuka,

Izikan LEKIR membuka gelanggang."

yang benar,

Taufiq Tuah,

Pengerusi Legasi Pemikir - LEKIR


-------------------------------------------------

KATA ALU-ALUAN PERTAMA

Assalamualaikum wbt

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِينُهُ, وَنَسْتَغْفِرُهُ, وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا, وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا.

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

Syukur ke hadrat Allah Subhanahu wata'ala setelah dua tahun saya berkhidmat dengan Revolusi Melayu Baru dan Gerakan PENA Malaysia dalam menyumbangkan artikel serta menguruskan halaman ini, Revolusi Melayu Baru telah berjaya menghasilkan lebih dari 900 artikel yang terdiri daripada berbagai-bagai genre sama ada agama, sejarah, politik, geopolitik antarabangsa, info kesihatan dan sebagainya. Para penyumbang kepada artikel kami pula terdiri daripada penulis-penulis pelbagai bidang, masing-masing dengan kepakaran mereka. Saya pula hanya menumpukan pada artikel sejarah dan kadangkala artikel bersifat agama.

Kini halaman ini mengorak langkah maju ke hadapan dengan menukarkan nama sebagai Legasi Pemikir (LEKIR). Diharapkan dengan penukaran nama ini, halaman ini tidak lagi disalah tafsir oleh sesetengah pihak sebagai beragenda ekstrimis dan radikal. Tidak pernah ada satu pun di antara artikel-artikel yang pernah kami siarkan mempunyai unsur-unsur kebencian, apatah lagi mengajak masyarakat mengangkat senjata atau menjatuhkan pemerintah yang sedia ada. Bahkan kami berdiri teguh di bawah payung pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

yang benar,

Saufy Jauhary

Penulis tetap Legasi Pemikir - LEKIR


----------------------------------------

KATA ALU-ALUAN KEDUA

Segala puji bagi Allah Azzawajalla, Tuhan sekalian alam yang kepada Dia sahaja kita menyungkur sembah dan kepada Dia juga kita berikhlas. Selawat serta salam keatas rasul junjungan - Muhammad sallallaahu alaihi wa sallam. Berbahagialah insan-insan yang diberi petunjuk untuk menggenggam erat sunnah Al Mustafa. 

Seterusnya,

Sungguh masa itu terus berputar tak berhenti sehingga banyaklah manusia berada dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Adapun iman dan amal itu perlukan ilmu terlebih dahulu, begitu juga dengan berpesan tentang kebenaran serta bersabar: sabar dalam mujahadah dan sabar dalam menahan dugaan, serta sabar menahan nafsu. Segalanya memerluan ilmu yang shahih. 

Untuk itu Legasi Pemikir akan sedaya upaya memegang erat seruan yang terkandung dalam surah Al 'Asr ini. Akan terus berusaha untuk menyajikan tulisan-tulisan serta karya yang dapat diandalkan - sesuai dengan jalan Ahlu Sunnah. Yang dengan itu kita semua berjaya di dunia dan akhirat sana. 

Untuk tandaaan, Legasi Pemikir yang disingkat menjadi LEKIR merupakan lanjutan dari Revolusi Melayu Baru (RMB). Semoga dengan nama baharu ini kami akan berlari lebih kencang lagi. 

Ayuh, marilah kita bahu membahu agar kita menjadi umat yang berilmu dan berjaya mendapat rida Ilahi, amin.


yang benar,

Abu Amru Radzi Othman

Penulis tetap Legasi Pemikir - LEKIR

Comments