OLEH: Taufiq Tuah
Sedar atau tidak, jika ada mualaf yg masuk Islam di Malaysia, maka nama ayah mereka akan ditukar kepada 'Abdullah'.
Contoh:
Nama sebelum Islam : Lim Guan Siang
Nama selepas Islam : Halim Bin Abdullah
(nama diambil secara rawak tanpa dituju kepada sesiapa)
Nama ayah yg sepatutnya 'Siang' ditukarkan kepada 'Abdullah'.
Maka ditukar lah nama baru ini di Kad Pengenalan dan KTP mereka.
Apakah pandangan Islam dalam hal ini?
Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, sedangkan dia tahu itu bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya”
(Riwayat Bukhari).
"Sesiapa yang secara sedar mengubah nama bapanya kepada nama yang lain, terkeluar dari syurga"
(Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Daripada hadis diatas, jelas bahawa Islam melarang untuk mengubah nama ayah kita.
Pada zaman Rasulullah SAW, ramai orang yang memeluk Islam, namun tidak pula mengubah nama mereka.
Bilal Bin *Rabbah*, begitu lah namanya ketika belum Islam dan selepas Islam tanpa diubah nama ayahnya.
begitu juga lah sahabat-sahabat lainnya persis Abdul Rahman Bin *Auf'*, Umar Bin *Khatab*, Uthman Bin *Affan* dan Abdullah Bin *Abi Quhafa* (dengan nama kunyah nya).
Kesimpulannya, tidak perlu bagi seorang mualaf untuk menukar nama ayah atau nama keluarga mereka. Islam tidak mensyaratkan umatnya menggunakan nama Arab sahaja. Malah, ada orang Islam yang bernama Wong Fe Hong (nama Cina) dan Cik Wan Kembang (nama Melayu).
Wallahualam.
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment