OLEH : Ustaz Abid An-Nuriyy
Dalam Musnad Aḥmad dan selainnya, daripada Abū Bakr al-Ṣiddīq –raḍiya Allāhu ʿanhu– bahawa beliau berkhutbah lalu berkata:
“Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya kamu membaca ayat ini tetapi kamu meletakkannya bukan pada tempat yang dikehendaki Allah:
> **{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ}**
“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah dirimu, tidaklah akan memberi mudarat kepadamu orang yang sesat apabila kamu telah mendapat petunjuk.” (Surah al-Māʾidah: 105)
Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
> إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوُا الْمُنْكَرَ بَيْنَهُمْ فَلَمْ يُنْكِرُوهُ، يُوشِكُ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابِهِ
“Sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran di tengah-tengah mereka lalu mereka tidak mencegahnya, hampir-hampir Allah akan meratakan azab-Nya kepada mereka semua.” (Riwayat Aḥmad, no. 1/9, dan al-Tirmidhī; hasan ṣaḥīḥ)
Sekadar gambar hiasan
Dan boleh jadi dalam gempa bumi ada yang binasa padahal dia tidak berhak mendapat azab, seperti kanak-kanak kecil dan orang-orang soleh. Namun mereka akan dibangkitkan di akhirat menurut niat masing-masing.
Dalam Ṣaḥīḥ al-Bukhārī dan Ṣaḥīḥ Muslim, daripada ʿĀʾishah –raḍiya Allāhu ʿanhā– katanya:
Rasulullah ﷺ bersabda:
> **«يَغْزُو جَيْشٌ الْكَعْبَةَ، فَإِذَا كَانُوا بِبَيْدَاءَ مِنَ الْأَرْضِ، يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ»**
ʿĀʾishah bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka semua ditelan bumi, padahal dalam kalangan mereka ada yang hanya sekadar singgah berniaga, dan ada yang bukan sebahagian daripada mereka?
Baginda menjawab:
> يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ، ثُمَّ يُبْعَثُونَ عَلَى نِيَّاتِهِمْ
“Mereka semua ditelan bumi, yang awal dan yang akhir sekali, kemudian mereka dibangkitkan menurut niat masing-masing.” (Riwayat al-Bukhārī, no. 2118; Muslim, no. 2884)
Dan boleh jadi kebinasaan mereka dalam gempa bumi adalah kebaikan dan kerehatan daripada kepayahan dunia dan kesakitannya. Sebagaimana dalam hadis, ketika Rasulullah ﷺ melewati satu jenazah, baginda bersabda:
> مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah maksud “yang beristirehat dan yang orang lain beristirehat daripadanya”?
Baginda bersabda:
> الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ، وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلَادُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ
“Hamba yang beriman berehat daripada kepayahan dan penderitaan dunia menuju rahmat Allah. Adapun hamba yang fajir (jahat), maka manusia, negeri, pepohonan dan binatang beristirehat daripadanya.” (Riwayat al-Bukhārī, no. 6512; Muslim, no. 950)
Kematian kerana gempa bumi juga termasuk jenis kematian tertimbus (al-hadm), yang mana ia dikira sebagai salah satu jenis syuhadāʾ al-ākhirah (syahid akhirat).
Maka, apakah bezanya antara kematian kanak-kanak dan orang soleh disebabkan gempa bumi dan seumpamanya, dengan kematian mereka melalui sebab-sebab biasa yang lain? Hakikatnya sama, semuanya dengan takdir Allah, dan mereka dibangkitkan atas niat masing-masing.
---
Rujukan:
1 - Aḥmad ibn Ḥanbal, Musnad Aḥmad (1/9, 1/30)
2 - Al-Tirmidhī, Al-Sunan, Kitāb Tafsīr al-Qurʾān, no. 3058
3 - Al-Bukhārī, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (no. 2118, 6512) Muslim, Ṣaḥīḥ Muslim (no. 2884, 950)
Photo by Çağlar Oskay on Unsplash
Comments
Post a Comment