Amalan Berdasar Petunjuk Rasul Lebih Besar Ganjarannya

OLEH : Ustaz Muhammad Fahmi Rusli

Amalan yang mengikut petunjuk Rasulullah SAW sekalipun ia sedikit dan singkat, pahalanya jauh lebih besar berbanding amalan yang tidak mengikut petunjuk baginda meskipun ia banyak dan lama.

Suatu hari Rasulullah SAW keluar dari rumah isterinya Juwairiyah رضي الله عنها selepas subuh. Pada ketika itu Juwairiyah sedang duduk berzikir dan bertasbih kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW masuk semula pada waktu duha saat matahari telah meninggi dan baginda mendapati Juwairiyah masih lagi duduk berzikir dan bertasbih. Baginda berkata :
مَا زِلْتِ فِي مَجْلِسِكِ‏؟‏ لَقَدْ قُلْتُ بَعْدَكِ أَرْبَعَ كَلِمَاتٍ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ، لَوْ وُزِنَتْ بِكَلِمَاتِكِ وَزَنَتْهُنَّ‏:‏
Terjemahan : Kamu masih lagi duduk di tempat kamu tadi ? Sesungguhnya aku semasa keluar meninggalkan kamu tadi telah membaca empat perkataan sebanyak tiga kali, yang mana jika ditimbang pahalanya dengan pahala seluruh bacaan zikir kamu, nescaya zikir aku tersebut mengatasi berat kesemuanya. Iaitu bacaan :
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ‏.‏
Riwayat Muslim (2726)
Hadis ini juga menunjukkan keluasan rahmat dan kurniaan Allah SWT kepada para hamba-Nya dari sudut meskipun amalan yang dilakukan adalah ringan dan ringkas, namun mereka tetap mendapat pahala yang banyak tanpa perlu berpenat lelah.
نسأل الله التوفيق والسداد


Photo by Dawid Zawiła on Unsplash

Comments