Kenapa Tak Hantar Senjata? Hantar Makanan Buat Apa?


OLEH : Taufiq Tuah

Saya kira kata-kata macam dalam tajuk ni banyak berlegar di komen-komen atau post malah mungkin di benak pemikiran ramai orang terutamanya yang baru bertunas dalam isu seperti ini. Ini juga ialah soalan saya ketika kecil kepada ibu dan ayah saya. Jawapan ketika itu mestilah jawapan untuk anak kecil.
Tapi saya kira pembaca dah besar, saya cuba jawabkan dengan jawapan orang besar. Tapi syaratnya, pembaca kena berpijak di bumi yang nyata. Bukan di bumi fantasi yang hanya bersandar pada emosi tanpa ilmu dan strategi.

Negara-negara Islam memang pernah beberapa kali bantu. Koolasi negara-negara Islam telah dibentuk dan mengangkat senjata mereka untuk Palestin. Dengan bala tentera dan jentara militer yang besar. Negara-negara Arab ini telah berusaha dan berkorban. Secara layman-nya faham, kita tetap kalah. Isroil dibantu US dengan teknologi, ketenteraan, duit dan segalanya. Negara-negara Islam pula nak beli senjata yang boleh menyaingi Isroil, tapi disekat. Iraq nak beli senjata dari Soviet dan Perancis pun disekat. US memang sah-sah sekat. Turki pun dapat sekatan yang serupa. Akhirnya negara-negara ini tak dapat menyaingi persenjataan US dan Isroil. Maka proses perdamaian terpaksa dijalankan.

Bukan sahaja perdamaian, malah negara-negara Arab ini melemah. Mesir, Jordan, Lubnan, Yaman & Iraq terpaksa bergantung dengan funding US ketika itu. Sehingga sekarang pun ada dari negara-negara ni yang masih dapat funding tu. Funding tu untuk membangunkan negara mereka sendiri. Sebab negara-negara ni dah damage dari perang. Funding ni mestilah datang dengan perjanjian dengan US. Negara-negara yang kaya pula tak di-fund oleh US. Tapi strategi US lebih pada sekatan senjata. Mereka boleh beli senjata dari US tapi tak boleh beli yang high-end. Malah jika ada pembelian seperti itu, Isroil akan bantah. Sebagaimana bantahan Isroil kepada UAE ketika nak beli F-35 dari US. So, faham lah yang Arab takde senjata yang ampuh.

Kenapa penting ada senjata yang setara? Supaya boleh menang lah. Jangan ingat semua senapang tu sama. Contoh paling layman saya boleh bagi, kalau senapang Arab boleh tembak dari 1 meter tapi senapang Isroil boleh tembak dari 4 meter. Baik Arab pakai keris je macam tu. Semangat, emosi ni semua kalau tanpa strategi, maka membunuh diri. Nabi masa perang walaupun jumlah orang kafir besar, perang tu dengan strategi. Di Badar, Nabi ﷺ  susun dan tunjuk satu-satu tempat orang kafir bakal berdiri. Di Uhud, stratergi lalu lembah dan kuasai bukit. Khandak pula dengan parit dan pemanah. Itu semua strategi. Setelah bertahun-tahun perang, negara-negara Arab ini kalah dengan teknologi perang, ekonomi dan tenaga manusia. Jadi apakah hikmah jihad? Jihad memang untuk syahid. Tapi syahid bukan maksudnya sengaja mati tanpa strategi.

Jadi kena faham keuzuran negara-negara Arab ini. Malah negara-negara Arab ni belum ada kilang senjata yang baik. Selepas perjanjian Camp David, memang ada juga perjanjian tak rasmi untuk negara-negara ini dilarang buat senjata canggih sendiri. Malah banyak projek-projek nuclear di Arab yang terus dimusnahkan lepas kantoi.

Jadi boleh buat apa? Masa awal konflik, negara-negara Arab mempelawa orang-orang Palestin untuk keluar, duduk di negara-negara lain dan membina kekuatan dari luar. Lepas bina kekuatan, masuk bebaskan Palestin. Hal ni sama dengan Muslimin Mekah yang pindah ke Madinah, bina kekuatan dan kemudian bebaskan kembali Mekah. So nampak tak logik fatwa Syeikh Al-albani ketika itu?
Ada yang ikut keluar dan ada yang tak keluar. Yang keluar, mereka bina ketenteraan under PLO, Fatah dan lain-lain yang menumpang di Jordan, Lubnan dan Tunisia. Bantuan dana juga diberikan oleh negara-negara arab lain ketika itu.

PLO tak berjaya ada beberapa sebab. Selain dari sebab tak ramai yang keluar untuk bersama ketenteraan PLO, Jordan juga akhirnya halau PLO. Mungkin kerana tekanan dari US. PLO di Lubnan pula diserang Isroil sampai terpaksa pindah ke Tunisia. Tapi Tunisia pula agak jauh jadi tak banyak operasi boleh dijalankan. Yang berada di dalam Palestin pula terbentuk lebih banyak perpecahan kumpulan pejuang. Konflik ni panjang dan detail sangat cerita. Ni saya cerita ringkas je. Banyak point saya tak sebut.

Iran, Yaman, Lubnan yang serang Isroil tu boleh je? Itu semua ialah tindak balas kecil. Negara-negara lain pun ada tindak balas kecil macam ni. Tapi minor je semua ni. Lepas tu terus genjatan senjata. Syria (selepas merdeka), Mesir dan Turki pun ada tindak balas kecil macam ni walaupun tak viral.
Tapi apa result serangan-serangan macam ni? Damage siapa yang lebih besar? Satu demi satu pimpinan penting Iran akhirnya mati. Tokoh H4M45 yang belindung di sana juga terkorban.

Jadi apa kita boleh buat. Tentera orang Palestin sendiri lumpuh, gabungan Arab-arab juga lumpuh. Maka buat masa ini terpaksa berjuang dari segi diplomasi. Jadi ketika negara-negara Arab atau negara-negara lain ni hantar makanan, atau perubatan, pendidikan dan menyuarakan suara di PBB. Itu semua ialah apa yang mereka mampu buat untuk waktu ni. Dana-dana bantuan sangat besar walaupun selain senjata. Dari darat, walaupun Mesir ditekan untuk turutkan Isroil limitkan kemasukan Rafah. Jordan pula tak membuka pintu bantuan sempadan Palestin yang saya yakin juga kerana ditekan. Itu lah semampunya.

Bantuan melalui udara, air drop dilakukan atas usaha sama Qatar dan Jordan. Malaysia juga pernah guna laluan sama. Kalau lalu laut, itu lah yang kita tengok Sumud Flotilla hari ini.
Jadi saya dah jelaskan panjang. Fikirkan secara realistik. Yang dok komen "kenapa bagi makanan? Bagi la senjata" sambil dia baring di sofa empuk, apa yang anda buat? Sumud Flotilla merisikokan nyawa dan dunianya. Anda sibuk laung "Jom Jihad" sambil menaip di rumah yang aman. Saban hari menembak cicak di dinding.

Nanti kita ditanya apa yang kita buat? "Oh saya condemn orang je". Ketika sukarelawan, wartawan dan influencer terus merisikokan diri ke tempat konflik. Ketika orang awam giat memberi dana. Ketika menteri pening kepala membantu dipermudahkan. Ketika orang awam bersengkang mata screen record live Sumud Flotilla untuk jadi bukti dan saksi jika menjadi kes mahkamah nanti.

Ketika pihak berkuasa agama dan semua agensi dibawahnya gerakkan Qunut Nazilah. Ketika rakyat membalas komen-komen cybertroopers danaan IDF. Kita duduk dan condemn.

Wahai sahabat-sahabat, buka mata...

Baru ni ketika bertemu Syeikh Hussein Yee. Ada sebaris kata yang saya kira sesuai untuk saya kepilkan di sini. Kata syeikh, "kita buat apa kita boleh buat dari jalan masing-masing". Jadi berjuanglah dengan apa pun cara sehingga peluru penghabisan kita tinggal doa-doa yang berpanjangan.
Sebenarnya saya ingat saya tulis dah panjang. Tapi sebenarnya banyak lagi detail-detail lain yang sangat perlu diambil kira. Tapi kalau nak kepil semua, kena tulis buku lah kot. Jadi saya tulis macam ni just untuk pembaca faham secara kasarnya. Wallahualam.

Taufiq Tuah
02.10.25 | 09.04.47



Photo by Kevin Schmid on Unsplash

Comments