OLEH: Zulfikar Egar
Dalam sejarah, hanya seorang sahaja Sahabat Nabi pada peringkat awalnya yang terkesan dengan pemikiran Khawarij.
Hanya dia seorang sahaja di kalangan beribu orang Sahabat Nabi.
Ini sebelum zaman perbalahan Khalifah Ali bin Abu Talib R.A dengan Muawiyah bin Abu Sufyan R.A.
Siapakah Sahabat Nabi ini?
Dia adalah Muhammad Bin Abu Bakar R.A , iaitu anak Abu Bakar As Siddiq R.A.
Muhammad bin Abu Bakar R.A ni antara yang terlibat dalam gerakan awal untuk menjatuhkan Khalifah Uthman bin Affan R.A.
Pada hari Khalifah Uthman bin Affan R.A dibunuh. Muhammad bin Abu Bakar R.A ni antara yang masuk ke dalam rumah Khalifah Uthman bin Affan R.A dan mendesaknya agar meletak jawatan sebagai Khalifah.
Muhammad bin Abu Bakar R.A ni kata depan Uthman bin Affan dan dibaca Surah Al-Ahzab ayat 67 :
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami daripada jalan (yang benar).
Dia baca ayat tu depan Uthman bin Affan. Dia kritik Uthman bin Affan dan pegang janggut Uthman bin Affan dalam keadaan marah!.
Apabila dia pegang janggut Uthman itu, Uthman bin Affan R.A pun berkata :
"Engkau sedang pegang janggut yang ayah engkau muliakan".
Tatkala Uthman bin Affan sebut begitu kepada Muhammad bin Abu Bakar. Terus terlepas tangannya dari menggengam janggut Uthman bin Affan R.A.
Lantas Muhammad bin Abu Bakar R.A ni menangis teresak-esak kerana dia baru teringat balik.
Teringat bagaimana kedudukan Uthman bin Affan R.A (di sisi Nabi). Teringat bagaimana hubungan baik ayahnya Abu Bakar As Siddiq R.A dengan Uthman bin Affan R.A.
Dan dia lantas keluar sambil menangis menyesal meninggalkan rumah Uthman bin Affan R.A.
Lepas itu barulah masuk Kinanah dan beberapa orang pemberontak (Khawarij) yang lain membunuh Amirul Mukminin Uthman bin Affan R.A.
.
Muhammad bin Abu Bakar R.A ini sahabat Nabi. Tapi dia ni dikategori sebagai Sahabat Nabi yang junior. Ada sahabat Nabi yang senior dan ada yang junior.
Ibnu Abbas R.A termasuk dalam kategori Sahabat Nabi yang junior. Tapi Muhammad bin Abu Bakar R.A lagi junior daripada Ibnu Abbas R.A.
Selepas Uthman bin Affan R.A sebut hal tersebut kepada Muhammad bin Abu Bakar R.A. Dia terus insaf dan keluar meninggalkan rumah Uthman bin Affan R.A.
Muhammad bin Abu Bakar R.A ni terkesan dengan persekitaran yang membuat tohmahan dan fitnah terhadap Uthman bin Affan R.A.
Hanya dia satu-satunya Sahabat Nabi yang terkesan dengan pemikiran Khawarij dan Alhamdulillah, mujur akhirnya dia insaf.
Pada zaman Khalifah Ali bin Abu Talib R.A dan Ibnu Abbas R.A berhadapan dengan Khawarij. Tiada seorang pun Sahabat Nabi yang bersama dengan Khawarij.
Harus diingat. Khawarij pada zaman Khalifah Ali bin Abu Talib R.A, mereka ni bukan Syiah. Mereka nak ikut Sunnah. Mereka nak ikut Nabi.
Mereka nak ikut apa yang ditinggalkan oleh Allah dan Rasul. Bahkan mereka tidak gilakan jawatan Khalifah.
Walaupun mereka paksa Uthman bin Affan R.A letak jawatan, tapi mereka tak ambil jawatan Khalifah.Mereka angkat Ali bin Abu Talib R.A jadi Khalifah, tapi akhirnya mereka juga yang bunuh Ali bin Abu Talib R.A dengan alasan Ali bin Abu Talib R.A "tak berhukum dengan hukum Islam".
Cuma puak Khawarij ni salah faham terhadap ajaran Islam disebabkan kejahilan mereka.
Walaupun mereka hebat dalam bacaan Quran serta ibadah mereka.
Wallahualam.
___________________________
~Zulfikar Egar~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment