Benarkah Hijrah Madinah Berlaku Pada Bulan Muharam?

OLEH: Taufiq Tuah

Ada yang terkeliru dengan tarikh berlakunya Hijrah Rasulullah ke Madinah. Disebabkan tahun Hijrah bermula dengan Muharam, maka ramai yg menyangka Hijrah Rasulullah ialah pada bulan Muharam.
Sebenarnya ia merupakan andaian yg silap.

Hijrah sebenarnya berlaku pada bulan Rabiul Awal dan bukan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Kitab Al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Rasulullah keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke-14 selepas kerasulan. Kemudian, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Rasulullah sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan membina Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah.

 Maka jelas, Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah ialah berlaku pada bulan Rabiul Awal dan bukannya Muharam. Wallahualam


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments