Hadis Tidak Sahih Berkenaan Hari Asyura (10 Muharam)

OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

1: Hadith : Sesungguhnya Allah mencipta  seluruh langit dan bumi  pada hari Asyura
 ( Status  hadith : Palsu)

2: Hadith: Sesiapa yang bercelak  dengan   batu celak pada hari Asyura, tidak akan  rabun  matanya buat selama-lamanya.
( Status hadith : Diriwayatkan oleh al-Hakim  dan beliau berkata : ' hadith ini bertaraf munkar ,  Ibnul Jauzi menulisnya dalam kitabnya   yang bertajuk "koleksi hadith-hadith palsu'(al-Maudhuat)

3: Hadith : 'Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura', Allah akan menuliskannya   ganjaran 60 tahun ibadah.
(Status hadith: rosak, disana terdapat seorang perawi  yang bernama  Habib bin Abi  Habib yang mana  Imam al-Haithami menghukumnya sebagai 'matruk kazzab' ( perawi yang ditinggalkan riwayatnya  dan juga pendusta)

4: Hadith: Sesiapa yang menyenangkan ahli keluarganya  pada hari Asyura, Allah akan menyenangkan ( melapangkan rezekinya didalam tahun tersebut.
Status hadith:   Hadith ini hanya diriwayatkan oleh  al-Haitham bin Syadzakh' dan beliau  telah dihukum oleh para ahli ilmu sebagai  seorang yang lemah.

Imam  Ahmad  berkata : hadith ini tiada asalnya

Imam Ibnu Rejab berkata: Sanadnya tidak sahih.

Ibnul Jauzi memasukkannya didalam kitab beliau 'koleksi hadith-hadith palsu' (al-Maudhu'at)

Kesemua hadith-hadith berkaitan solat khusus pada hari Asyura tiada yang sahih dan daripadanya:
- حديث أبي هريرة : " من صلى يوم عاشوراء ما بين الظهر والعصر أربعين ركعة يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب مرة وآية الكرسي عشر مرات وقل هو الله أحد إحدى عشرة مرة والمعوذتين خمس مرات فإذا سلم استغفر سبعين مرة أعطاه الله في الفردوس قبة بيضاء فيها بيت من زمردة خضراء سعة ذلك البيت مثل الدنيا ثلاث مرات وفي ذلك البيت سرير من نور قوائم السرير من العنبر الأشهب على ذلك السرير ألف فراش من الزعفران " .- أخرجه ابن الجوزي بسنده وقال : ذكر حديثا طويلاً من هذا الجنس وهو موضوع ورواته مجاهيل . أ.هـ
Hadith Abu Hurairah : Sesiapa yang bersolat pada hari Asyura , antara zuhur hingga Asar sebanyak empat rakaat, membaca setiap rakaat  Surah al-fatihah , ayat al-Kursi 10x, Surah al-Ikhlas 11x, al-Muawwizatain ( Surah  2 Qul yang lain  - al-Falaq, dan an-Nas sebanyak 5x) kemudian apabila telah selesai solatnya, beristighfar sebanyak 70x,  Allah  memberinya  di Syurga Firdaus sebuah kubah putih dan didalam kubah tersebut dibina sebuah rumah daripada batu zamrud yang berwarna hijau, keluasan rumah tersebut seluas tiga kali ganda dunia ini,  dan  didalam rumah tersebut dibina untuknya katil  yang diperbuat daripada cahaya , tiangnya daripada  anbar (sejenis wangian ) yang bercampur dan terdapat diatas katil tersebut seribu tilam yang diperbuat daripada za'faran....


Status hadith: Ibnul  Jauzi' memasukkannya didalam kitabnya   'koleksi hadith-hadith palsu' (al-Maudhu'at) beserta sanadnya seraya berkata: 'aku menyebut hadith yang panjang daripada jenisnya  , dan  ia merupakan hadith palsu yang diriwayatkan oleh orang-orang yang jahil.


- حديث : " صلاة ليلة عاشوراء مائة ركعة في كل ركعة يقرأ بعد الفاتحة سورة الإخلاص ثلاث مرات " .
Hadith: Solat pada malam hari Asyura' sebanyak 100 rakaat, setiap rakaat selepas membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Ikhlas sebanyak 3x.
(TIDAK SAHIH)


- وحديث : " صلاة وقت السحر من ليلة عاشوراء وهي أربع ركعات في كل ركعة بعد الفاتحة يقرأ آية الكرسي ثلاث مرات وسورة الإخلاص إحدى عشر مرة وبعد الفراغ يقرأ سورة الإخلاص مائة مرة " .
Hadith: Solat di waktu sahur hari Asyura sebanyak empat rakaat, setiap rakaat selepas membaca al-Fatihah, baca ayat al-Kursi sebanyak 3x dan surah al-Ikhlas (Qul Huwallah)  sebanyak 11x, dan setelah selesai solat, hendaklah membaca al-Ikhlas sebanyak 100x.
(TIDAK SAHIH)



[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments