Hukum-Hukum Mad

OLEH: Taufiq Tuah

1.MAD ASLI ( TABIE)  ( مَدْ طَبِيعِي )
Apabila ada alif ( ا ) terletak sesudah fathah atau ya’ sukun ( ي ) sesudah kasrah ( ―ِ ) atau wau ( و ) sesudah Dhommah ( ―ُ ) . Mad bermaksud panjang , tabie ertinya : biasa.
Cara membacanya harus sepanjang dua harkat. contoh :
كتَا بٌ - يَقُوْلُ - سمِيْعٌ

2.MAD WAJIB MUTTASIL ( مَدْوَاجِبْ مُتَّصِلْ )
Apabila ada Mad Asli bertemu dengan hamzah ( ء ) di dalam satu kalimah atau kata. Wajib membaca sepanjang 5 harkat.
Contoh : سَوَآءٌ - جَآءَ - جِيْءَ

3.MAD JAIZ MUNFASIL ( مَدْجَائِزمُنْفَصِلْ)
Apabila ada Mad Asli bertemu dengan hamzah (ء )di dalam dua kalimah .
Cara membacanya boleh seperti Mad Wajib Muttasil, dan boleh seperti Mad Asli saja .
Contoh : وَﻻَأنْتُمْ بِمَا أُنْزِلَ


4.MAD LAZIM MUTHAQAL KILMI ( مَدْﻻَزِمْ مُثَقَّلْ كِلْمِي )
Apabila ada Mad Asli bertemu dengan syaddah di dalam satu kalimah, maka cara membacanya harus panjang selama 6 harkat.
Contoh : وَﻻَالضَّآلِّينَ اَلصّاخَةُ


5.MAD LAZIM MUKHAFFAF KILMI ( مَدْﻻَزِمْ مُخَفَّف كِلْمِي )
Apabila ada Mad Asli bertemu dengan huruf mati (sukun), maka cara membacanya sepanjang 6 harkat .
Contoh آﻻَن


6.MAD LAYYIN ( مَدْ لَين )
Apabila ada wau sukun ( و ) atau ya’ sukun ( ي ) sedang huruf sebelumnya berbaris fathah , maka cara membacanya sekadar biasa.
Contoh : رَيْبٌ خَوْفٌ


7.MAD A'RID LISSUKUN ( مَدْ عارِضْ لِلسُّكوُنِ )
Apabila ada waqaf atau tempat berhenti membaca sedang sebelum waqaf itu ada Mad Asli atau Mad Layyin, maka cara membacanya ada 3 macam :
a. Dibaca panjang seperti Mad Wajib Muttasil ( 6 harakat ).
b. Dibaca empat harkat.
c. Dibaca dua harkat
Contoh : بَصِيْرٌ خَالِدُوْنَ والنَّاسِ سَمِيْعٌ


8.MAD SILAH QASIRAH ( مَدْ صِلَة قَصِيْرَة )
Apabila ada haa dhamir ( ﻪ ) sedang sebelum haa tadi ada huruf hidup (berharkat), maka cara membacanya harus panjang seperti Mad Asli.
Contoh : اِنَّهُ كَانَ ﻻَشَرِيْك لَهُ


9.MAD SILAT TAWILAH ( مَدْ صِلَة طَََوِيْلَة )
Apabila ada Mad Qasirah bertemu dengan hamzah ( ء ), maka membacanya seperti Mad Jaiz Munfasil .
Contoh : عِنْدَهُ اِﻻَّبِاذْنِه لَهُ اَخْلَدَهُ



10.MAD IWAD ( مَدْ عِوَض )
Apabila ada fathatain yang jatuh pada waqaf (Tanda berhenti) pada akhir kalimah, maka cara membacanya seperti Mad Asli
Contoh : سَميْعًا بَصيْرًا عَلِِيْمًا حَكِيمًا


11.MAD BADAL ( مَدْ بَدَلْ )
Apabila ada hamzah (ء ) bertemu dengan Mad , maka cara bacanya seperti Mad Asli
Contoh : آدَمَ إيْماَنٌ
Badal ertinya ganti. Kerana yang sebenarnya huruf mad yang ada tadi asalnya hamzah yang jatuh sukun kemudian diganti menjadi ya atau alif atau wau .
آدَمَ asalnya أَأْدَمَ
ٳِِيْمَان asalnya ٳِِئْمَانٌ



12.MAD LAZIM HARFI MUSHABBA' ( مَدْ لازِمْ حَرْفِ مُشَبَّع )
Apabila pada permulaan surat dari Al-Qur’an terdapat salah satu atau lebih Dari antara huruf
ن - ق – ص – ع – س – ل – ك —م  membacanya seperti
Mad Lazim iaitu 6 harakat .
Contoh : وَالقلَم آلم ن يس



13.MAD LAZIM HARFI MUKHAFFAF ( مَدْ لازِم حَرفِ مُخَفَّف )
Apabila ada permulaan surat dari Al-Quran ada terdapat salah satu atau lebih dari antara ,
ح – ي – ط - ﻫ - ر
Cara bacanya seperti Mad Asli Contoh :
حم الم



14.MAD TAMKIN ( مَدْ تَمْكِيْن )
Apabila ada 'ya’ sukun ( يْ ) yang didahului dengan 'ya’ yang bersyaddah dan harkatnya Kasrah, dan cara membacanya ditepatkan dengan
Contoh : النَبِيّيْنَ حُييِّيْتُمْ



15.MAD FARQI ( مَدْ فَرْق )
Bertemunya dua hamzah yang satu hamzah istifham dan yang kedua hamzah wasal pada lam alif ma’rifat, cara membacanya sepanjang 6 harakat .
Contoh : قُلْ ءٰاﷲُ اذِنَ لَكُمْ ءٰٰاﷲُخَيْرٌاَمّايُشْرِكُون قُلْ ءٰٰالذَّكَرََيْنِ










___________________________
Taufiq Tuah
_____________________________

Comments