OLEH : Taufiq Tuah
Mungkin saja bila kita sebut tentang mengkritik adat, nama yang awal seimbas lalu minda kita ialah nama-nama seperti HAMKA, Za'ba, Usman Awang, Abdullah Munsyi dan kaum² muda yang lain.
Suka saya ingatkan Perang Paderi yang terletus awalnya kerana orang agama menentang adat minang zaman itu. Harga kepada kebenaran ialah mengangkat perisai menahan pedang.
Namun harga itu tak lah sama mahalnya ketika para anbiya' juga mengkritik adat. Setiap rasul itu memang kerjanya mengkritik adat dan setiap mereka diuji dengan ujian yang sangat berat.
Ketika adat di Babil bertawasul dengan patung org soleh, Nabi Ibrahim a.s mengkritiknya. Ketika adat kaum Sadom itu sumbang, Nabi Luth a.s mengkritiknya. Ketika adat Mesir menyembah Firaum, Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s mengkritiknya.
Halnya berlarutan sehingga ketika Quraisy Mekah bertawasul dengan orang soleh (menggunakan patung), Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam yang mengkritiknya. Maka adat² yang bercanggah ini memang sepatutnya dikritik. Bukan dimurnikan. Bukan dilapangkan dada. Tapi disanggah dan dijelaskan kebenarannya.
Imam Ahmad bin Hanbal r.h juga mengkritik akidah adat setempatnya yang simpang siur. Hari ini, pengkritik² adat ini ramai dimusuhi. Termasuk yang baru² ini seorang figura ular bercabang yang sendu turut tak melepaskan peluang menonjolkan dan menyerlahkan keunggulan dalam kebodohannya dengan memburukkan Imam Ahmad bin Hanbal r.h. Rakan sekutunya pula terkelu lalu tersipu sambil tahu masing² atas keterlanjuran katanya.
Comments
Post a Comment